Malaysia legislation
Section 221
Seksyen 221
(a)
kepada pemunya tanah itu; dan
Komunikasi dan Multimedia 121
(b)
jika tanah itu diduduki oleh seseorang selain pemunya itu, kepada penduduk itu.
(2)
Notis itu mesti menyatakan maksud yang baginya pemberi itu berhasrat untuk melakukan aktiviti itu.
(3)
Notis di bawah subseksyen (1) mesti mengandungi suatu pernyataan yang bermaksud bahawa jika seseorang mengalami kerugian atau kerosakan kewangan berhubung dengan harta disebabkan oleh apa-apa jua yang dilakukan oleh pemberi itu dalam melakukan aktiviti itu, pampasan bolehlah dibayar.
(4)
Notis di bawah subseksyen (1) mesti diberikan sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum pemberi itu mula melakukan aktiviti itu.
(5)
Seseorang boleh mengetepikan haknya untuk diberi suatu notis di bawah subseksyen (1).
(6)
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
(a)
pemberi kemudahan rangkaian itu telah mematuhi mana-mana kod teknik dan standard mandatori yang berkaitan dengan aktiviti itu; dan
(b)
aktiviti itu perlu dijalankan tanpa kelengahan bagi—
(i)
keutuhan kemudahan rangkaian;
(ii)
kesihatan atau keselamatan orang;
(iii)
alam sekitar;
(iv)
harta; atau
(v)
penyenggaraan suatu tahap perkhidmatan yang mencukupi.
(7)
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
(a)
pemberi itu berhasrat untuk melakukan aktiviti di bawah seksyen 214;
(b)
melakukan aktiviti itu tidak melibatkan apa-apa gangguan matan kepada tanah itu; dan
(c)
tanah itu adalah suatu tempat awam.
122
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Notis kepada pemunya tanah bagi pencantasan pokok, dll.