Malaysia legislation
Section 223
Seksyen 223
(a)
menutup, melencongkan atau menyempitkan sesuatu jalan atau jambatan;
(b)
memasang apa-apa kemudahan rangkaian di atas permukaan, di atas atau di bawah suatu jalan atau jambatan; atau
(c)
mengubah kedudukan sesuatu pembuluh, salur utama gas atau paip, di bawah seksyen 215, seseorang pemberi kemudahan rangkaian hendaklah memberikan notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian kepada orang atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penjagaan dan pengurusan jalan, jambatan, pembuluh, salur utama gas atau paip itu.
(2)
Seseorang atau sesuatu pihak berkuasa boleh mengetepikan hak orang atau pihak berkuasa itu untuk diberi notis di bawah subseksyen (1).
(3)
Subseksyen (1) tidak terpakai jika—
(a)
pemberi kemudahan rangkaian itu telah mematuhi mana-mana kod teknik dan standard mandatori yang berkaitan dengan aktiviti itu; dan
(b)
aktiviti itu perlu dijalankan tanpa kelengahan bagi melindungi—
(i)
keutuhan kemudahan rangkaian;
(ii)
kesihatan atau keselamatan orang;
(iii)
alam sekitar;
(iv)
harta; atau
(v)
penyenggaraan suatu tahap perkhidmatan yang mencukupi.
124
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Jalan, dll., hendaklah terus dibuka bagi laluan