Malaysia legislation

Section 226

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 226

Kriteria bagi pengeluaran permit pemasangan kemudahan rangkaian

Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu permit pemasangan kemudahan rangkaian yang membenarkan seseorang pemberi kemudahan rangkaian untuk menjalankan pemasangan satu kemudahan atau lebih jika pemberi kemudahan rangkaian itu telah memuaskan hati Suruhanjaya bahawa—

(a)

kedua-dua syarat yang berikut telah dipenuhi:

(i)

pemberi itu telah melakukan usaha yang munasabah dengan suci hati dengan setiap tuan punya yang kelulusannya dikehendaki atau akan, jika seksyen 215 tidak diambil kira, dikehendaki, bagi menjalankan pemasangan itu; dan

(ii)

sekurang-kurangnya satu daripada kelulusan itu belum diperoleh dalam tempoh empat belas hari selepas bermulanya rundingan yang berkenaan;

(b)

setiap Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain, yang kelulusannya dikehendaki atau akan, jika seksyen 215 tidak diambil kira, dikehendaki, bagi pemasangan kemudahan rangkaian itu, sudah memberikan kelulusan sedemikian;

Komunikasi dan Multimedia 125

(c)

kemudahan rangkaian itu menjadi, atau mungkin akan menjadi, sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian lain yang bererti kepada negara;

(d)

kemudahan rangkaian itu menjadi, atau mungkin akan menjadi, suatu bahagian penting kemudahan rangkaian lain;

(e)

mana-mana syarat yang berikut telah dipenuhi:

(i)

kemudahan rangkaian itu menjadi sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian lain, yang sebahagian besarnya sudah pun dipasang;

(ii)

kemudahan rangkaian itu menjadi sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian lain, yang sebahagian besarnya belum lagi dipasang, tetapi setiap Pihak

Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain yang kelulusannya dikehendaki atau akan, jika seksyen 215 tidak diambil kira, dikehendaki, bagi pemasangan sebahagian besar daripada rangkaian itu sudah memberikan, atau semunasabahnya mungkin memberikan, kelulusan sedemikian; atau

(iii)

kemudahan rangkaian itu menjadi sebahagian daripada suatu kemudahan rangkaian lain, yang tiada satu pun telah dipasang, tetapi setiap Pihak

Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa lain, yang kelulusannya dikehendaki atau akan, jika seksyen 215 tidak diambil kira, akan dikehendaki, bagi pemasangan sebahagian besar daripada infrastruktur kemudahan rangkaian itu, telah memberikan, atau semunasabahnya mungkin memberikan, kelulusan sedemikian; dan

(f)

faedah yang mungkin didapati daripada pengendalian kemudahan rangkaian itu melebihi apa-apa bentuk kecacatan alam sekitar yang mungkin terhasil daripada pemasangan kemudahan rangkaian itu.

Permit pemasangan kemudahan rangkaian mempunyai kuat kuasa tertakluk kepada Akta ini dan undang-undang lain