Malaysia legislation
Section 239
Seksyen 239
Komunikasi dan Multimedia 133
(a)
menggunakan apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard;
(b)
ada dalam milikannya apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard yang dia tahu atau ada sebab untuk percaya merupakan suatu kelengkapan atau peranti tidak standard bagi maksud memasang, mengerjakan, mengendalikan atau menggunakan kelengkapan atau peranti itu; atau
(c)
menawarkan untuk membekalkan, membekalkan atau ada dalam milikannya dengan niat untuk membekalkan apa-apa kelengkapan atau peranti tidak standard sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(b), seseorang disifatkan ada kelengkapan atau peranti tidak standard dalam milikannya bagi maksud memasang, mengerjakan, mengendalikan atau menggunakannya jika kelengkapan atau peranti itu berada dalam milikannya, selain bagi maksud membekalkannya kepada orang lain, dan dapat dikendalikan dengan melakukan mana-mana daripada yang berikut:
(a)
menyambungkan kelengkapan atau peranti itu kepada suatu bekalan kuasa elektrik dengan menggunakan suatu palam elektrik atau sambungan elektrik lain;
(b)
menghidupkan kelengkapan atau peranti itu;
(c)
menyambungkan suatu mikrofon kepada kelengkapan atau peranti itu dengan memasukkan suatu palam mikrofon ke dalam kelengkapan atau peranti itu;
134
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
(d)
menghidupkan apa-apa benda lain yang berkaitan dengan pengendalian kelengkapan atau peranti itu;
(e)
menyelaraskan seting dengan memanipulasikan suis, dail atau kawalan lain luaran kelengkapan atau peranti itu;
atau
(f)
menyambungkan kelengkapan atau peranti itu kepada suatu antena.
(3)
Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, apa-apa dokumen yang merupakan suatu perakuan yang diberikan oleh seorang pegawai diberi kuasa yang memperakui bahawa mana-mana kelengkapan atau peranti tertentu ialah kelengkapan atau peranti tidak standard hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu sehingga yang akasnya dibuktikan.
Kesalahan mengagihkan atau mengiklankan apa-apa kelengkapan atau peranti komunikasi bagi pemintasan komunikasi