Malaysia legislation
Section 244
Seksyen 244
(a)
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;
dan
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, kebenaran atau pembiarannya;
dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
(2)
Jika mana-mana orang akan boleh dikenakan di bawah
Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau kegagalannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau kegagalan mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejennya, jika tindakan, peninggalan, pengabaian atau kegagalan itu telah dilakukan—
(a)
oleh pekerja orang itu dalam perjalanan pekerjaannya;
(b)
oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu;
atau
(c)
oleh pekerja ejen itu semasa dia digajikan oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
138
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Kuasa Untuk Masuk, Penyiasatan Kesalahan
Dan Pendakwaan
Pegawai diberi kuasa