Malaysia legislation

Section 248

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 248

Jika seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 247 mempunyai sebab yang munasabah untuk percaya bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran penggeledahan di bawah seksyen itu penyiasatan akan termudarat atau keterangan pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dikeluarkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 247 dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Komunikasi dan Multimedia 141

Section 248 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 | mylaw.my