Malaysia legislation

Section 256

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 256

(2)

Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan berkaitan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mungkin akan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.

(4)

Pegawai diberi kuasa yang memperoleh maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau

Komunikasi dan Multimedia 145

ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan