Malaysia legislation
Section 257
Seksyen 257
(2)
Tiada pernyataan di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan—
(a)
jika pembuatan pernyataan itu pada hemat mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada seseorang yang berkuasa dan cukup pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pandangannya munasabah untuk mengandaikan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa kelebihan atau mengelakkan apa-apa kemudaratan yang bersifat duniawi berkenaan dengan prosiding terhadapnya; atau
(b)
dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan yang berikut atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama:
“Menjadi tugas saya untuk memberikan amaran kepada anda bahawa anda tidak berkewajipan untuk
146
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
menyatakan apa-apa atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang anda nyatakan, sama ada sebagai jawapan kepada suatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”.
(3)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum ada kesempatan untuk memberikan amaran kepadanya tidaklah boleh menjadikan pernyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya semata-mata kerana orang itu tidak diberi amaran jika dia diberi amaran secepat yang mungkin selepas itu.
Pegawai diberi kuasa hendaklah menyempurnakan penyiasatan dan menyerahkannya kepada polis