Malaysia legislation
Section 258
Seksyen 258
Apabila selesai penyiasatannya mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan segera memberikan semua maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seorang pegawai polis boleh menangkap, dengan waran, seseorang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya.