Malaysia legislation
Section 260
Seksyen 260
Pelucuthakan
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang boleh dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, atau
Komunikasi dan Multimedia 147
apa-apa pelanggaran syarat-syarat yang tertakluk kepadanya suatu lesen telah diberikan atau suatu penguntukan telah dikeluarkan, telah dilakukan dan bahawa kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu walaupun pada hakikatnya tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan atau pelanggaran itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang disita dalam penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, maka kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu hendaklah dianggap atau disifatkan telah dilucuthakkan setelah tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini.
(4)
Seseorang yang menegaskan bahawa dialah pemunya mana-mana kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang disita di bawah Akta ini dan bahawa kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu tidak boleh dilucuthakkan boleh sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya memberikan notis bertulis kepada
Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya.
(5)
Apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (4),
Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, selepas apa-apa siasatan yang perlu, mengarahkan supaya kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan kes itu kepada
Hakim Mahkamah Sesyen bagi keputusannya.
(6)
Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu dan orang yang daripadanya kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu disita hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan,
Hakim Mahkamah Sesyen itu hendaklah terus memeriksa kes itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan
148
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
supaya kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara itu kepada orang yang berhak kepadanya.
(7)
Mana-mana kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau perkara yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada Suruhanjaya atau seorang pegawai diberi kuasa yang hendaklah melupuskannya mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya.
Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan