Malaysia legislation
Section 264
Seksyen 264
Komunikasi dan Multimedia 149
Mana-mana pemberi kemudahan rangkaian, pemberi perkhidmatan rangkaian, pemberi perkhidmatan aplikasi atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau mana-mana daripada pekerjanya, tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding jenayah daripada apa-apa sifat bagi apa-apa ganti rugi (termasuklah ganti rugi punitif), kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung atau akan ditanggung (sama ada secara langsung atau tidak) kerana apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam pelaksanaan kewajipan dikenakan di bawah seksyen 263.