Malaysia legislation

Section 266

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 266

(a)

menggantung lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil kawalan sementara mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan/atau

150

Undang-Undang Malaysia

Akta 588

perkhidmatan aplikasi kandungan yang dipunyai atau diberikan oleh seseorang pemegang lesen mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut;

(b)

menarik balik sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya penggunaan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan/atau perkhidmatan aplikasi kandungan daripada mana-mana pemegang lesen, orang atau orang ramai;

(c)

memerintahkan bahawa mana-mana komunikasi atau kelas komunikasi kepada atau daripada mana-mana pemegang lesen, orang atau orang ramai berhubung dengan mana-mana perkara tertentu tidaklah boleh disampaikan atau hendaklah dipintas atau ditahan, atau bahawa apa-apa komunikasi sedemikian atau rekodnya hendaklah didedahkan kepada seorang pegawai diberi kuasa yang disebut dalam perintah itu; atau

(d)

memerintahkan pengambilmilikan mana-mana kelengkapan pelanggan.

(2)

Jika apa-apa keraguan timbul tentang kewujudan suatu darurat awam atau sama ada mana-mana tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan

Agong dan dipamerkan di tempat-tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti muktamad tentang perkara itu.

(3)

Jika Menteri mengambil milikan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi, perkhidmatan aplikasi kandungan atau kelengkapan pelanggan di bawah subseksyen (1), orang yang dilesenkan di bawah Akta ini berkenaan dengan kemudahan, perkhidmatan atau kelengkapan itu hendaklah dibayar pampasan secukupnya yang akan ditentukan oleh Menteri selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk didengar tentang perkara itu.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang penggunaan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi, perkhidmatan aplikasi kandungan atau kelengkapan pelanggan bagi maksud membuat suatu panggilan kecemasan.

Komunikasi dan Multimedia 151

Rancangan bencana

Section 266 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 | mylaw.my