Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Pendedahan kepentingan
(2)
Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan tugas anggota itu, Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak, termasuklah perayu dan responden, kepada perkara itu tentang percanggahan itu.
(3)
Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota
Tribunal berkenaan dengan perkara itu.
(4)
Jika sesuatu pihak kepada perkara itu membantah percanggahan itu, anggota itu tidaklah boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota Tribunal berkenaan dengan perkara itu.
(5)
Kegagalan oleh seseorang anggota untuk mendedahkan kepentingannya dalam perkara itu hendaklah menjadikannya tertakluk kepada langkah tatatertib yang berkaitan di bawah seksyen 20 atau 25.
Setiausaha Tribunal Rayuan dan pegawai lain 26a. (1) Menteri hendaklah menamakan seorang pegawai awam sebagai Setiausaha Tribunal Rayuan bagi membantu Tribunal
Rayuan dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
(2)
Menteri boleh menamakan apa-apa bilangan pegawai awam lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk membantu Setiausaha dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1).
(3)
Bagi maksud Akta ini, Setiausaha dan pegawai yang dinamakan di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Tribunal Rayuan.
Kewajipan kerahsiaan 26b. (1) Kecuali bagi Bahagian ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau jika dibenarkan oleh Menteri—
(a)
Pengerusi, anggota Tribunal Rayuan atau mana-mana pegawai
Tribunal Rayuan tidak boleh, semasa dia berkhidmat sebagai Pengerusi, anggota atau pegawai sedemikian, mendedahkan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa menjalankan tugasnya; dan
(b)
tiada seorang pun orang lain yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen berhubung dengan hal ehwal Tribunal Rayuan boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tiada melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Pekhidmat awam dan pegawai awam 26c. Pengerusi dan semua anggota dan pegawai Tribunal
Rayuan, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai Pengerusi dan anggota dan pegawai sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574], dan menjadi pegawai awam bagi maksud Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593].
Pemakaian Akta Pelindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 26d. Akta Pelindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau
Komunikasi dan Multimedia 41
prosiding terhadap Tribunal Rayuan, Pengerusi atau mana-mana anggota atau pegawai Tribunal Rayuan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Tindakan atau peninggalan yang dibuat dengan suci hati 26e. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Tribunal Rayuan;
(b)
Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan;
(c)
Setiausaha atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan;
atau
(d)
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Tribunal Rayuan, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.