Malaysia legislation
Section 272
Seksyen 272
Pelindungan pegawai dan orang lain
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Suruhanjaya atau seseorang pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain berkenaan dengan mana-mana tindakan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
(b)
mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau berupa seperti dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau petunjuk Suruhanjaya atau seorang pegawai diberi kuasa jika tindakan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi tujuan yang dimaksudkan yang hendak dicapai olehnya.