Malaysia legislation

Section 34

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 34

(2)

Fi pembaharuan, yang hendaklah diputuskan oleh Menteri, hendaklah dibayar apabila permohonan itu diluluskan.

(3)

Permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen individu hendaklah dipenuhi oleh Menteri melainkan jika Menteri, atas syor Suruhanjaya, menentukan bahawa pemegang lesen itu—

(a)

telah tidak mematuhi terma dan syarat lesen individu itu;

(b)

telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

atau

(c)

telah tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya.

(4)

Jika Menteri tidak berhasrat untuk membaharui lesen individu itu, Suruhanjaya hendaklah—

(a)

memaklumkan pemegang lesen itu melalui notis bertulis, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai keengganan

Menteri untuk membaharui lesen individu itu; dan

(b)

memberitahukan dan menyiarkan, sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum habis tempoh lesen individu itu, hasrat sedemikian dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

(5)

Pemegang lesen yang terjejas hendaklah diberi peluang yang munasabah untuk membuat penghujahan bertulis kepada

Menteri dalam suatu tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu dan tempoh masa itu tidaklah boleh kurang daripada empat belas hari.

(6)

Pemegang lesen yang terjejas itu boleh, dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam notis itu, mengemukakan suatu penghujahan bertulis dan Menteri hendaklah mengambil kira penghujahan itu.

46

Undang-Undang Malaysia

Akta 588

Penyerahan lesen individu