Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perisytiharan mengikut seksyen 13, menggantung atau membatalkan sesuatu lesen individu yang diberikan di bawah Akta ini dalam mana-mana keadaan yang berikut:
(a)
pemegang lesen itu telah tidak membayar apa-apa amaun yang dikehendaki oleh Akta ini atau lesen individu itu;
(b)
pemegang lesen itu telah tidak mematuhi peruntukan
Akta ini atau terma dan syarat lesen individu itu;
Komunikasi dan Multimedia 47
(c)
pemegang lesen itu melanggar peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan industri komunikasi dan multimedia;
(d)
pemegang lesen telah tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya; atau
(e)
penggantungan atau pembatalan itu adalah demi kepentingan awam.
Penggantungan atau pembatalan lesen individu oleh
Menteri