Malaysia legislation

Section 41

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 41

Akta 588

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor

Suruhanjaya, memberi kuasa kepada pemegang lesen itu secara bertulis untuk meneruskan pemberian mana-mana kemudahan atau perkhidmatan selama tempoh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam pemberian kuasa itu bagi maksud penggulungan hal ehwal pemegang lesen itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen yang lesen individunya telah habis tempoh adalah berhak untuk terus memberikan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan seolah-olah lesen individunya belum habis tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Suruhanjaya bahawa pemegang lesen itu telah memohon pembaharuan lesen individu itu mengikut seksyen 34 dan permohonan itu sedang menanti penentuan oleh Menteri.

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Daftar lesen individu

Section 41 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 | mylaw.my