Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Syor oleh Suruhanjaya
Menteri bahawa orang yang tertakluk kepada suatu lesen kelas di bawah Bahagian ini dibatalkan pendaftarannya dalam mana-mana keadaan yang berikut:
(a)
orang itu telah tidak membayar apa-apa amaun yang dikehendaki oleh Akta ini atau lesen itu;
(b)
orang itu telah tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau terma dan syarat lesen itu;
(c)
orang itu telah melanggar peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan industri komunikasi dan multimedia;
(d)
orang itu telah tidak mematuhi mana-mana surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan oleh Menteri atau Suruhanjaya; atau
(e)
pembatalan pendaftaran itu adalah demi kepentingan awam.
Pembatalan pendaftaran oleh Menteri