Malaysia legislation

Section 55

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 55

(2)

Suruhanjaya boleh menjalankan suatu siasatan untuk membuat keputusan sama ada sesuatu penentuan patut dibuat atau tidak, sama ada—

(a)

sebagai gerak balas kepada suatu permintaan bertulis daripada seseorang; atau

(b)

atas daya usahanya sendiri.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Suruhanjaya tidak boleh menjalankan suatu siasatan melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu penting sama ada kepada orang ramai atau kepada pemegang lesen semasa atau bakal pemegang lesen di bawah Akta ini.

Komunikasi dan Multimedia 55

(4)

Sesuatu siasatan hendaklah dijalankan mengikut Bab 3

Bahagian ini, dan mengikut standard dan dengan cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiarinya dan apa-apa surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini.

(5)

Dalam tempoh empat puluh lima hari dari tamatnya siasatan itu, Suruhanjaya hendaklah menentukan perkara itu.

(6)

Apa-apa penentuan oleh Suruhanjaya hendaklah selaras dengan matlamat, dan mana-mana kehendak yang diperuntukkan dalam, Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.

(7)

Sesuatu penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah

Bab ini hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan.

(8)

Sesuatu penentuan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(9)

Sesuatu penentuan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya, atau jika tiada tarikh dinyatakan, penentuan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga penentuan itu dibatalkan.

Pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan penentuan oleh

Suruhanjaya