Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
(a)
hakikat bahawa Suruhanjaya mengadakan siasatan itu;
(b)
tempoh siasatan itu akan diadakan;
(c)
jenis perkara yang berkaitan dengan siasatan itu;
(d)
tempoh, sekurang-kurangnya empat puluh lima hari, dan borang yang dengannya, orang awam dijemput untuk membuat penghujahan kepada Suruhanjaya mengenai perkara itu;
(e)
perkara yang Suruhanjaya mahu supaya pengemukaan dibuat mengenainya; dan
(f)
alamat atau alamat-alamat yang tempat pengemukaan itu boleh dihantar.
(2)
Suruhanjaya tidak perlu menyiarkan notis pada masa yang sama atau dengan cara yang sama mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Suruhanjaya hendaklah menimbangkan apa-apa penghujahan yang diterima dalam had tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Penghujahan yang dibuat oleh orang awam hendaklah dalam bentuk dan daripada jenis yang dinyatakan dalam notis itu.
Pengecualian terhadap siasatan terbuka