Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Walau apa pun seksyen 61, siasatan atau sebahagian daripada siasatan boleh dijalankan secara tertutup jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
(a)
dokumen atau maklumat yang mungkin diberikan, atau sesuatu perkara yang mungkin timbul semasa siasatan itu atau sebahagian daripada siasatan itu, bersifat sulit;
atau
(b)
siasatan atau sebahagian daripada siasatan sesuatu perkara, atau sebahagian daripada sesuatu perkara, secara terbuka tidak berfaedah kepada pentadbiran wajar Akta ini.
58
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
Bahan sulit tidak boleh didedahkan