Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
(2)
Aduan itu hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat (“responden”).
(3)
Jika tampak pada Suruhanjaya bahawa—
(a)
seseorang ingin membuat suatu aduan; dan
(b)
orang itu memerlukan bantuan untuk mengungkapkan aduan itu atau menuliskannya, maka menjadi tugas Suruhanjaya untuk mengambil langkah yang munasabah untuk memberikan bantuan yang sesuai kepada orang itu.
(4)
Jika suatu aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh membuat siasatan terhadap responden bagi maksud membuat keputusan—
(a)
sama ada Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara itu yang berkaitan dengan aduan itu; atau
(b)
sama ada Suruhanjaya patut, mengikut budi bicaranya, menyiasat perkara itu.
(5)
Jika Suruhanjaya membuat keputusan untuk tidak menyiasat, atau untuk tidak menyiasat seterusnya, sesuatu perkara yang berkaitan dengan aduan itu, Suruhanjaya hendaklah secepat yang
Komunikasi dan Multimedia 61
dapat dilaksanakan dan dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut, memaklumkan pengadu dan responden mengenai keputusan itu dan sebab-sebab bagi keputusan itu.
Penjalanan penyiasatan