Malaysia legislation

Section 70

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 70

(2)

Suatu penyiasatan di bawah Bahagian ini hendaklah dijalankan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(3)

Suruhanjaya boleh, bagi maksud sesuatu penyiasatan, memperoleh maklumat daripada sesiapa yang difikirkannya patut.

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (5), seseorang pengadu atau seseorang responden tidak perlu diberi peluang untuk hadir di hadapan Suruhanjaya berkaitan dengan sesuatu penyiasatan.

(5)

Suruhanjaya tidak boleh, hasil daripada penyiasatan itu, membuat suatu keputusan yang bertentangan dengan kepentingan seseorang pengadu atau seseorang responden melainkan jika

Suruhanjaya telah memberi pengadu atau responden itu peluang untuk membuat penghujahan mengenai suatu perkara yang berkaitan dengan penyiasatan itu dalam suatu tempoh masa yang tidak kurang daripada tiga puluh hari.

(6)

Suruhanjaya hendaklah menimbangkan penghujahan yang dibuat oleh pengadu atau responden di bawah subseksyen (5)

sebelum membuat keputusannya.

Laporan mengenai penyiasatan