Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
(2)
Orang yang jika tidak kerana itu adalah berhak kepada milikan dokumen itu berhak dibekali, secepat yang dapat dilaksanakan,
Komunikasi dan Multimedia 65
suatu salinan yang diperakui oleh Suruhanjaya sebagai salinan yang benar.
(3)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, salinan yang diperakui itu hendaklah diterima sebagai keterangan oleh semua mahkamah dan tribunal seolah-olah salinan itu merupakan yang asal.
(4)
Sehingga suatu salinan yang diperakui dibekalkan,
Suruhanjaya hendaklah, pada masa dan di tempat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya, membenarkan orang yang jika tidak kerana itu adalah berhak kepada milikan dokumen itu, atau seorang yang diberi kuasa oleh orang itu, untuk memeriksa dan membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, dokumen itu.
Rekod tidak betul