Malaysia legislation

Section 7

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 7

(2)

Apa-apa arahan Menteri hendaklah selaras dengan matlamat dan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.

(3)

Suruhanjaya hendaklah menjalankan kuasanya yang diberikan di bawah Akta ini dengan cara yang selaras dengan arahan

Menteri.

(4)

Tiap-tiap arahan Menteri hendaklah didaftarkan oleh

Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.

(5)

Sesuatu arahan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu.

(6)

Sesuatu arahan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.

Perubahan arahan