Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
(2)
Jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada pertikaian itu telah memberikan suatu aku janji yang berkaitan dengan hal perkara pertikaian itu dan aku janji itu telah didaftarkan oleh
Suruhanjaya mengikut Bab 11 Bahagian ini, pihak-pihak itu boleh menerima pakai syarat aku janji itu bagi maksud penyelesaian pertikaian itu.
(3)
Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat atau selainnya gagal untuk mencapai suatu persetujuan, dan tiada aku janji yang berkaitan telah didaftarkan, atau jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak mahu menerima pakai syarat-syarat aku janji itu, pihak-pihak itu boleh meminta pertikaian itu diselesaikan oleh Suruhanjaya, jika Akta ini atau perundangan subsidiarinya dengan jelas mengadakan peruntukan bagi penyelesaian sedemikian.
Pemberitahuan mengenai pertikaian