Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Suruhanjaya hendaklah membuat keputusan tentang pertikaian yang telah diberitahukan
(2)
Suruhanjaya hendaklah terikat di bawah subseksyen (1)
untuk bermesyuarat bagi membuat keputusan tentang sesuatu pertikaian jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
(a)
suatu persetujuan tidak akan dicapai, atau tidak akan dicapai dalam tempoh masa yang munasabah;
(b)
pemberitahuan mengenai pertikaian itu tidak ringan, remeh atau menyusahkan; dan
(c)
penyelesaian pertikaian itu akan menggalakkan pencapaian matlamat Akta ini.
(3)
Tertakluk kepada matlamat Akta ini dan apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Bab ini,
Suruhanjaya boleh menyelesaikan pertikaian itu dengan terma dan syarat sebagaimana yang disifatkannya patut.
Keputusan hendaklah secara bertulis