Malaysia legislation

Section 89

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 89

(2)

Sesuatu keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah

Bab ini boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah Tinggi seolah-olah keputusan itu merupakan suatu penghakiman Mahkamah itu dengan syarat suatu perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pengadu bagi memberinya kebenaran untuk meneruskan tindakan di Mahkamah bagi penguatkuasaan keputusan itu kecuali dalam hal suatu injunksi.

(3)

Tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.