Malaysia legislation
Section 95
Seksyen 95
(a)
atas daya usahanya sendiri; atau
(b)
atas permintaan Suruhanjaya.
(2)
Kod industri sukarela tidak boleh berkuat kuasa sehingga kod itu didaftarkan oleh Suruhanjaya.
(3)
Suruhanjaya boleh enggan mendaftarkan kod industri sukarela itu, di bawah subseksyen (1), jika Suruhanjaya tidak berpuas hati bahawa peluang mencukupi bagi perundingan awam telah dilakukan dalam pembangunan kod industri sukarela itu oleh forum industri itu.
(4)
Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan suatu kod industri sukarela jika kod itu selaras dengan—
(a)
matlamat Akta ini;
(b)
mana-mana surat cara yang berkaitan di bawah Akta ini;
dan
(c)
mana-mana peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.
(5)
Suruhanjaya hendaklah sama ada mendaftarkan atau enggan mendaftarkan suatu kod industri sukarela.
(6)
Jika Suruhanjaya enggan mendaftarkan suatu kod industri sukarela, maka Suruhanjaya hendaklah memberitahu forum industri yang berkaitan mengenai keputusannya secara bertulis dan memberikan sebab baginya.
(7)
Jika Suruhanjaya tidak mendaftarkan dan tidak pula enggan mendaftarkan suatu kod industri sukarela dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh kod industri sukarela itu dikemukakan bagi pendaftaran, Suruhanjaya disifatkan telah menolak pendaftaran kod industri sukarela itu melainkan jika forum industri itu menerima notis bertulis mengenai pendaftaran kod industri sukarela itu selepas tempoh itu.
Komunikasi dan Multimedia 73
Suruhanjaya boleh menentukan kod industri sukarela