Malaysia legislation
Section 97
Seksyen 97
(2)
Jika terdapat apa-apa ketidakpastian atau ketaksaan, seseorang boleh memohon kepada Suruhanjaya supaya diberi pendapat Suruhanjaya, tentang kod industri sukarela yang manakah yang menjadi kod yang terpakai berhubung dengan hal keadaan pemohon itu.
(3)
Suruhanjaya hendaklah memberikan pendapatnya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.
(4)
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa garis panduan
Menteri dan apa-apa pendapat terdahulu yang berkaitan.
(5)
Pendapat itu hendaklah mengikat Suruhanjaya dan pemohon itu selama tempoh tiga tahun dari tarikh pendapat itu diberikan di bawah subseksyen (3).
(6)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar pendapat yang diberikan di bawah seksyen ini, mengikut Bab 6 Bahagian ini.
74
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
(7)
Walau apa pun subseksyen (5), Suruhanjaya boleh menarik balik suatu pendapat di bawah seksyen ini jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa jenis aktiviti yang dijalankan oleh pemohon telah berubah secara matan.
Pematuhan kod industri sukarela berdaftar suatu pembelaan yang sah