Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA FRANCAIS 1998

Seksyen 14

(a)

dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan; dan

(b)

dengan memfailkan dengan Pendaftar apa-apa maklumat, yang hendaklah ditentukan oleh Pendaftar, berkenaan dengan mana-mana wakil atau ejen yang dilantik oleh broker francais atau konsultan francais itu.

(2)

Broker francais atau konsultan francais itu mestilah memenuhi kesemua kehendak yang ditetapkan tentang kelayakan broker francais atau konsultan francais sebelum dia boleh didaftarkan.

(3)

Pendaftar boleh mengenakan syarat-syarat bagi pendaftaran seseorang broker francais atau konsultan francais.

(3A)

Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),

Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.

(4)

Syarat-syarat dalam subseksyen (3) bolehlah termasuk syarat-syarat yang mentadbir penjualan francais oleh broker francais atau konsultan francais dan syarat-syarat mengenai kelakuan, penggantungan, penamatan, larangan atau penolakan pendaftaran seseorang broker francais atau konsultan francais.

(5)

Pendaftaran di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa selama dua tahun dari tarikh pendaftaran, melainkan jika ditentukan selainnya oleh Pendaftar.

*CATATAN—Lihat seksyen 26 Akta Francais (Pindaan) 2020 [Akta A1617].

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 590

(5A)

(Dipotong oleh Akta A1617).

(5B)

(Dipotong oleh Akta A1617).

(6)

Peruntukan berkenaan dengan maklumat rahsia dan larangan menjalankan perniagaan yang serupa dalam seksyen 26 dan 27 adalah juga terpakai bagi broker francais atau konsultan francais.

(7)

Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.

Pembaharuan pendaftaran broker francais atau konsultan francais