PERMULAAN
Tajuk ringkas
/akn/my/act/act/1998/590
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA FRANCAIS 1998 is Malaysia Act, cited as Act 590 1998, currently marked in force and first recorded in 1998.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Francais 1998.
Permulaan kuat kuasa
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
Penjualan dan operasi sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika—
dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia; atau
perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, tetapi jika ada apa-apa percanggahan antara peruntukan Akta ini dan peruntukan undang-undang bertulis lain itu, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“broker francais” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana francaisor untuk menjual francais kepada mana-mana orang dengan balasan yang tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja francaisor atau francaisi;
“cap” termasuklah cap dagangan, cap perkhidmatan, simbol, reka bentuk, jenama, tajuk, label, tiket, nama, tandatangan, perkataan dan huruf atau apa-apa gabungannya;
Francais 9
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“dokumen penzahiran” ertinya apa-apa dokumen penzahiran yang ditetapkan oleh Menteri;
“francais” ertinya kontrak atau perjanjian, sama ada secara nyata atau tersirat, sama ada secara lisan atau bertulis, antara dua orang atau lebih yang dengannya—
francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor;
francaisor memberi francaisi hak untuk menggunakan cap, atau rahsia dagangan, atau apa-apa maklumat sulit atau harta intelektual, yang dipunyai oleh francaisor atau berhubungan dengan francaisor, dan termasuk keadaan apabila francaisor, yang merupakan pengguna berdaftar, atau dilesenkan oleh orang lain untuk menggunakan, apa-apa harta intelektual, memberikan apa-apa hak yang dimilikinya untuk membenarkan francaisi menggunakan harta intelektual itu;
francaisor memiliki hak untuk melaksanakan kawalan berterusan sepanjang tempoh francais terhadap pengendalian perniagaan francaisi mengikut sistem francais; dan
sebagai balasan kepada pemberian hak-hak itu, francaisi dikehendaki membayar fi atau bentuk balasan yang lain.
(Dipotong oleh Akta A1442).
“francaisi” ertinya seseorang yang kepadanya francais diberikan dan termasuk, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini—
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
subfrancaisi berkenaan dengan hubungannya dengan francaisi induk;
“francaisi induk” ertinya seseorang yang diberi hak oleh francaisor untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan francaisor itu;
“francaisor” ertinya seseorang yang memberikan francais kepada francaisi dan termasuk francaisi induk berkenaan dengan hubungannya dengan subfrancaisi, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini;
“iklan” ertinya apa-apa bentuk penerbitan, pekeliling, notis, atau apa-apa komunikasi lisan atau bertulis, sama ada disiarkan melalui media elektronik atau apa-apa media penyiaran yang lain, atau apa-apa bentuk alat komunikasi elektronik kepada orang ramai bagi maksud menawarkan penjualan francais atau mempromosi penjualan francais;
“konsultan francais” ertinya seseorang yang memberikan nasihat dan perkhidmatan konsultasi kepada orang lain mengenai pendaftaran perniagaan francais dan pematuhan kepada undang-undang yang berhubungan dengannya;
“Menteri”
ertinya
Menteri yang pada masa ini dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan francais;
“orang” termasuklah orang sebenar, perbadanan, perkongsian, persatuan, firma, usaha sama atau amanah;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 42 untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini;
Francais 11
“Pendaftar”, “Timbalan Pendaftar” dan “Penolong Pendaftar”
masing-masing ertinya Pendaftar Francais, Timbalan Pendaftar
Francais dan Penolong Pendaftar Francais yang dilantik di bawah seksyen 5;
“peraturan” ertinya peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“perjanjian francais” ertinya kontrak atau perjanjian yang dibuat antara francaisor dengan francaisi berkenaan dengan sesuatu francais sebagai balasan terhadap apa-apa bentuk balasan tetapi tidak termasuk apa-apa kontrak atau perjanjian yang dibuat bagi maksud jualan langsung sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Jualan Langsung 1993 [Akta 500];
“subfrancais” ertinya suatu francais yang diberikan oleh francaisi induk kepada subfrancaisi bagi tujuan perniagaan di bawah Akta ini;
“subfrancaisi” ertinya pemegang subfrancais.
Bahagian II
Pelantikan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, dsb.
Pendaftar hendaklah, tertakluk pada arahan umum dan kawalan
Menteri, melaksanakan kewajipan-kewajipan yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan pegawai-pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) adalah di bawah arahan dan kawalan Pendaftar.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Timbalan Pendaftar boleh melaksanakan semua kewajipan dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Pendaftar di bawah
Akta ini.
Pendaftar atau Timbalan Pendaftar boleh melaksanakan semua kewajipan yang dikenakan dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada Penolong Pendaftar di bawah Akta ini.
Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini adalah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
*Pendaftaran francaisor
Mana-mana francaisor atau orang asing yang gagal mematuhi seksyen ini, melainkan dikecualikan oleh Menteri di bawah seksyen 58, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima
*CATATAN—Lihat seksyen 27 Akta Francais (Pindaan) 2020 [Akta A1617].
Francais 13
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendaftaran francaisi francaisor asing
Pendaftar boleh mengenakan apa-apa syarat bagi kelulusan pendaftaran francais yang disebut dalam subseksyen (1).
Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.
Jika seseorang francaisi telah mendapat kelulusan daripada francaisor asing untuk menjual francais itu, francaisi hendaklah mendaftarkan kelulusan itu.
Mana-mana francaisi yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pendaftaran francaisi
Mana-mana francaisi yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
Permohonan bagi pendaftaran
Francaisor hendaklah membuat permohonan untuk mendaftarkan francaisnya dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh
Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dan—
suatu salinan terbaru akaun teraudit, penyata kewangan, dan laporan, jika ada, juruaudit dan pengarah pemohon; dan
apa-apa maklumat atau dokumen tambahan lain yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi maksud menentukan permohonan itu.
Pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan dan sebelum permohonan itu ditentukan, Pendaftar boleh, dengan notis bertulis, menghendaki pemohon, atau pengarah atau pengurus pemohon, supaya memberikan maklumat atau dokumen tambahan.
Perkara-perkara yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(f)
atau kehendak di bawah subseksyen (2) boleh berbeza antara pemohon yang berlainan, atau kelas, kategori atau perihal pemohon yang berlainan.
Francais 15
Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon atau pengarah atau pengurusnya dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh
Pendaftar, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.
Seseorang yang memberikan maklumat atau dokumen palsu atau mengelirukan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran
Sesuatu permohonan bagi pendaftaran yang diluluskan di bawah seksyen ini boleh dijadikan tertakluk pada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar.
Apabila meluluskan sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh menghendaki pemohon membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.
Pendaftar hendaklah memberi pemohon notis bertulis tentang keputusannya di bawah seksyen ini.
Tarikh pendaftaran francais mula berkuat kuasa
Jika pendaftaran francais diluluskan di bawah seksyen 8, pendaftaran itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan oleh Pendaftar dan tarikh itu
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
hendaklah selepas tarikh pemfailan kesemua maklumat atau dokumen yang dikehendaki melainkan jika, sebelum itu, salah satu daripada perkara yang berikut berlaku:
Pendaftar telah memberitahu pemohon bahawa pemohon telah tidak mematuhi kehendak-kehendak seksyen 6 dan subseksyen 7(1), (2) dan (3); atau
Pendaftar telah mengeluarkan suatu perintah di bawah seksyen 10 atau perenggan 16(3)(b).
*Tempoh berkuat kuasa
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh pada bila-bila masa mengeluarkan suatu perintah bertulis kepada francaisor untuk menggantung, menamatkan atau membatalkan pendaftaran francais itu di bawah Akta ini.
Pembaharuan pendaftaran francais
Suatu kelulusan bagi permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk pada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar.
*CATATAN—Lihat seksyen 27 Akta Francais (Pindaan) 2020 [Akta A1617].
Francais 17
Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.
Seksyen 10 hendaklah terpakai bagi tempoh berkuat kuasa pendaftaran francais yang dibaharui di bawah seksyen ini.
Mempamerkan pendaftaran francais
Mana-mana francaisor atau francaisi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
*Pindaan pada dokumen sokongan bagi pendaftaran francais
Dokumen dalam subseksyen (1) hendaklah difailkan dengan
Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan.
Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, menghendaki maklumat tambahan mengenai pindaan yang dibuat di bawah seksyen ini.
Mana-mana orang yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
*CATATAN—Lihat seksyen 26 Akta Francais (Pindaan) 2020 [Akta A1617].
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Notis tentang penggantungan, penamatan, dsb., pendaftaran
Setelah habis tempoh empat belas hari yang disebut dalam subseksyen (1) dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemohon atau francaisor di bawah subseksyen itu,
Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada akan meneruskan tindakan yang dicadangkan atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Pendaftar hendaklah memberi pemohon atau francaisor notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (2) dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepada pemohon atau francaisor itu.
Pembatalan daripada daftar
Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran francais daripada daftar jika dia berpuas hati bahawa—
francaisor gagal untuk menyerahkan laporan tahunannya kepada Pendaftar sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 16 bagi tempoh lima tahun berterusan;
francaisor tidak lagi memberi hak di bawah francais.
*Pendaftaran broker francais atau konsultan francais
dengan mengemukakan permohonan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan; dan
dengan memfailkan dengan Pendaftar apa-apa maklumat, yang hendaklah ditentukan oleh Pendaftar, berkenaan dengan mana-mana wakil atau ejen yang dilantik oleh broker francais atau konsultan francais itu.
Broker francais atau konsultan francais itu mestilah memenuhi kesemua kehendak yang ditetapkan tentang kelayakan broker francais atau konsultan francais sebelum dia boleh didaftarkan.
Pendaftar boleh mengenakan syarat-syarat bagi pendaftaran seseorang broker francais atau konsultan francais.
Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.
Syarat-syarat dalam subseksyen (3) bolehlah termasuk syarat-syarat yang mentadbir penjualan francais oleh broker francais atau konsultan francais dan syarat-syarat mengenai kelakuan, penggantungan, penamatan, larangan atau penolakan pendaftaran seseorang broker francais atau konsultan francais.
Pendaftaran di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa selama dua tahun dari tarikh pendaftaran, melainkan jika ditentukan selainnya oleh Pendaftar.
*CATATAN—Lihat seksyen 26 Akta Francais (Pindaan) 2020 [Akta A1617].
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Peruntukan berkenaan dengan maklumat rahsia dan larangan menjalankan perniagaan yang serupa dalam seksyen 26 dan 27 adalah juga terpakai bagi broker francais atau konsultan francais.
Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.
Pembaharuan pendaftaran broker francais atau konsultan francais
Suatu kelulusan bagi permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk pada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar.
Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.
Subseksyen 14(5) hendaklah terpakai bagi tempoh berkuat kuasa pendaftaran broker francais atau konsultan francais yang dibaharui di bawah seksyen ini.
Francais 21
Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.
Mempamerkan pendaftaran broker francais atau konsultan francais
Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Amalan wajib
Dokumen dalam subseksyen (1) hendaklah dokumen yang sama yang dikemukakan kepada Pendaftar di bawah seksyen 7 dan 11.
Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Laporan tahunan
Laporan itu hendaklah mengandungi dokumen penzahiran yang telah dikemaskinikan.
Pendaftar boleh mengkaji laporan dan dokumen penzahiran itu dan—
memberitahu francaisor jika apa-apa maklumat tambahan atau ubah suaian dokumen penzahiran itu perlu dimasukkan atau dipotong; atau
mengeluarkan suatu perintah untuk menggantung, menamatkan atau membatalkan kelulusan pendaftaran francais demi kepentingan awam atau bagi maksud melindungi bakal francaisi sehingga apa-apa kekurangan yang dinyatakan oleh Pendaftar telah dibetulkan.
Mana-mana orang yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Rayuan terhadap keputusan Pendaftar
Bahagian III
Perjanjian francais hendaklah mengandungi tetapi tidak terhad kepada—
fi francais, fi promosi, royalti atau apa-apa jenis bayaran yang berkaitan yang boleh dikenakan atas francaisi, jika ada;
hak francaisi untuk menggunakan cap atau apa-apa harta intelektual lain, sementara menanti pendaftaran atau selepas pendaftaran francais;
syarat-syarat yang di bawahnya francaisi boleh menyerahhakkan hak di bawah francais;
pernyataan tentang tempoh bertenang sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4);
perihal mengenai cap atau apa-apa harta intelektual lain yang dipunyai oleh atau yang berkaitan dengan francaisor yang digunakan dalam francais;
jika perjanjian itu adalah berkaitan dengan francaisi induk, identiti francaisor dan hak yang diperoleh oleh francaisi induk daripada francaisor;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
tempoh francais, dan terma pembaharuan dan pelanjutan perjanjian francais; dan
Perjanjian francais hendaklah mempunyai tempoh bertenang, yang hendaklah ditentukan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak tetapi tidak boleh kurang daripada tujuh hari bekerja, dan dalam tempoh itu francaisi mempunyai pilihan untuk menamatkan perjanjian itu.
Apabila tamat perjanjian francais di bawah subseksyen (4), suatu amaun untuk menampung perbelanjaan munasabah yang dilakukan oleh francaisor untuk menyediakan perjanjian boleh disimpan oleh francaisor daripada fi permulaan yang dibayar di bawah seksyen 19; walau bagaimanapun, semua wang lain hendaklah dipulangkan kepada penerima francais.
Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Pembayaran fi francais, dsb.
Jika francaisor menghendaki francaisi membuat apa-apa bayaran sebelum menandatangani perjanjian francais, termasuklah bayaran yang merupakan sebahagian daripada fi francais, francaisor hendaklah menyatakan secara bertulis dalam dokumen penzahiran maksud bayaran itu dan syarat-syarat bagi penggunaan dan pembayaran balik wang itu.
Larangan terhadap diskriminasi
Akta ini jika mana-mana francaisor mendiskriminasi dengan cara yang
Francais 25
tidak munasabah dan dengan ketara antara francaisi yang mengendalikan francais tentang bayaran yang ditawarkan atau dibuat bagi fi francais, royalti, barangan, perkhidmatan, kelengkapan, sewa atau perkhidmatan pengiklanan jika diskriminasi itu boleh menyebabkan persaingan yang memudaratkan mana-mana francaisi yang bersaing dengan francaisi yang menerima faedah daripada diskriminasi itu, melainkan jika dan setakat yang apa-apa pengelasan atau diskriminasi antara pemegang francaisi adalah—
berdasarkan kepada francais yang diberikan pada masa yang berlainan, dan diskriminasi itu adalah berhubung dengan munasabahnya dengan perbezaan masa itu;
berhubung dengan satu program atau lebih bagi membuatkan francais tersedia kepada orang yang tidak cukup modal, latihan, pengalaman perniagaan atau pendidikan, atau kurang kelayakan yang lain;
berhubung dengan usaha oleh Kerajaan atau mana-mana agensinya untuk menggalakkan kepelbagaian dalam keluaran atau bidang perkhidmatan atau format atau reka bentuk perniagaan;
berhubung dengan usaha oleh seorang francaisi atau lebih untuk membaiki kekurangan dalam pengendalian perniagaan yang difrancaiskan atau keingkaran dalam perjanjian francais; atau
berdasarkan pada perbezaan-perbezaan lain yang munasabah dengan mengambil kira maksud-maksud
Akta ini dan tidaklah dibuat sewenang-wenang.
Pembayaran fi francais atau royalti
Jika francaisi dikehendaki membayar apa-apa fi francais atau royalti kepada francaisor, kadar fi francais atau royalti hendaklah kadar yang diperuntukkan dalam dokumen penzahiran.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Kumpulan Wang Promosi
Kumpulan Wang itu hendaklah diuruskan di bawah akaun bank yang berasingan dan hendaklah digunakan hanya bagi promosi keluaran di bawah francais itu.
Jika francaisi dikehendaki membuat apa-apa bayaran di bawah seksyen 23, francaisor hendaklah mengemukakan penyata kewangan mengenai Kumpulan Wang, yang telah diendors oleh akauntan awam berdaftar, kepada Pendaftar dalam tempoh tiga puluh hari selepas tamat penggal kewangan terakhir.
hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar berserta dengan laporan tahunan di bawah seksyen 16.
Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan sesuatu kesalahan.
Fi promosi, dsb.
Bayaran yang dikehendaki dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang.
Francais 27
Pendaftaran cap dagangan
Francaisor adalah dikehendaki mendaftarkan cap dagangannya yang berkaitan dengan francaisnya mengikut *Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175] (jika boleh didaftarkan di bawah Akta itu) sebelum memohon pendaftaran francaisnya di bawah seksyen 7.
Tempoh francais
Tempoh francais tidak boleh kurang daripada lima tahun.
Maklumat rahsia
Francaisi, termasuk pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya hendaklah mematuhi terma jaminan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan.
Larangan terhadap perniagaan serupa
Francaisi, termasuk Pengarah, suami atau isteri dan keluarga terdekat pengarah itu, dan pekerjanya hendaklah mematuhi terma jaminan bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan.
Penepian tidak sah
Seksyen ini tidak menghalang mana-mana orang daripada membuat suatu perjanjian penyelesaian atau melaksanakan pelepasan am berkenaan dengan suatu tindakan sivil yang mungkin akan atau sebenarnya difailkan berkenaan dengan francais dan juga tidak menghalang timbang tara apa-apa tuntutan.
Bahagian IV
Kelakuan pihak
Francaisor dan francaisi semasa mereka berurusan antara satu sama lain hendaklah mengelakkan kelakuan yang berikut:
kelakuan yang tidak perlu dan tidak munasabah berhubung dengan risiko yang dilakukan oleh satu pihak;
dan
kelakuan yang tidak dengan munasabahnya perlu bagi melindungi kepentingan perniagaan francaisor, francaisi atau sistem francais yang sah.
Francaisi hendaklah menjalankan perniagaan berasingan daripada francaisor, dan hubungan francaisi dengan francaisor tidak pada bila-bila masa dianggap sebagai perkongsian, kontrak perkhidmatan atau agensi.
Obligasi francaisor dan francaisi
Francais 29
Francaisi hendaklah membayar fi francais, royalti, fi promosi atau apa-apa bayaran lain yang diperuntukkan dalam perjanjian francais.
Francaisor hendaklah memberikan bantuan kepada francaisi untuk mengendalikan perniagaannya, seperti peruntukan atau pembekalan bahan dan perkhidmatan, latihan, pemasaran dan bantuan perniagaan atau teknik.
Francaisor dan francaisi hendaklah melindungi kepentingan pengguna pada setiap masa.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Penamatan perjanjian francais
“Sebab yang baik” hendaklah termasuk, tetapi tidak terhad kepada—
kegagalan francaisor atau francaisi untuk mematuhi apa-apa terma perjanjian francais atau mana-mana perjanjian lain yang berkaitan yang dibuat antara francaisor dengan francaisi; dan
kegagalan francaisor atau francaisi untuk memulihkan kemungkiran itu yang telah dilakukannya atau mana-mana pekerjanya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan oleh francaisor, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari, bagi pemulihan kemungkiran itu.
“Sebab yang baik” hendaklah termasuk, tetapi tanpa kehendak notis dan suatu peluang untuk memulihkan kemungkiran, hal keadaan apabila francaisor atau francaisi—
membuat penyerahhakan hak francais itu bagi faedah pemiutang atau pelupusan seumpamanya aset francais itu kepada mana-mana orang lain;
(aa)
menjadi muflis atau tidak solven;
disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang dengan ketara merosakkan nama baik yang dikaitkan dengan cap atau apa-apa harta intelektual lain francaisor; atau
secara berulang kali tidak mematuhi terma perjanjian francais.
Francais 31
Tidak membaharui perjanjian francais
Francaisor melakukan suatu kesalahan jika dia enggan membaharui perjanjian francais atau melanjutkan tempoh francais tanpa membayar pampasan kepada francaisi sama ada dengan cara membeli semula atau cara lain pada harga yang dipersetujui antara francaisor dengan francaisi setelah mengambil kira pengurangan nilai perniagaan yang difrancaiskan itu disebabkan oleh habis tempoh francais itu jika—
francaisi dihalang oleh perjanjian francais, atau dengan keengganan francaisor sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh habis tempoh perjanjian francais untuk menepikan mana-mana bahagian perjanjian francais yang melarang francaisi, daripada terus menjalankan perniagaan yang serupa di bawah cap yang lain dalam kawasan yang sama selepas habis tempoh perjanjian francais itu; atau
francaisi itu tidak diberi notis bertulis tentang niat francaisor untuk tidak membaharui perjanjian francais sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh habis tempoh perjanjian francais itu.
Penamatan awal tempoh francais
Walau apa pun seksyen 25, tempoh francais boleh ditamatkan sebelum habis tempoh minimum lima tahun dalam hal keadaan yang berikut:
jika kedua-dua pihak dalam perjanjian francais itu bersetuju dengan penamatan; atau
jika mahkamah memutuskan bahawa terdapat syarat-syarat tertentu dalam perjanjian francais itu yang mewajarkan perjanjian itu ditamatkan lebih awal daripada tempoh minimum.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Pelanjutan tempoh francais
Kecuali apabila francaisi telah memungkiri terma-terma perjanjian francais yang sebelumnya, francaisor hendaklah melanjutkan tempoh francais itu kepada suatu tempoh lain jika francaisi telah memohon pelanjutan tempoh itu mengikut subseksyen (1).
Perjanjian francais yang tempoh francaisnya dilanjutkan hendaklah mengandungi syarat-syarat yang serupa atau tidak kurang menguntungkan daripada syarat-syarat dalam perjanjian francais yang sebelumnya.
Bahagian V
Lembaga Penasihat Francais hendaklah terdiri daripada orang, yang bilangannya tidak melebihi lima belas orang, yang boleh dilantik oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Anggota-anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan francais.
Anggota-anggota
Lembaga
Penasihat
Francais boleh menerima apa-apa saraan yang ditetapkan bagi perkhidmatan mereka.
Francais 33
Fungsi Lembaga Penasihat Francais
Menteri dan Pendaftar tidaklah terikat untuk bertindak atas nasihat atau laporan Lembaga Penasihat Francais.
Bahagian VI
Kesalahan bagi fraud, perdayaan, dsb.
membuat apa-apa pernyataan tidak benar tentang fakta material atau tidak menyatakan fakta material yang menyebabkan pernyataannya itu mengelirukan;
terlibat dalam apa-apa perbuatan, amalan atau perjalanan perniagaan, yang bertindak atau akan bertindak sebagai fraud atau perdayaan atas mana-mana orang, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Subseksyen (1) hendaklah juga terpakai kepada broker francais atau konsultan francais.
Kesalahan bagi mengemukakan diri sebagai francais
Seseorang yang menganggap atau menggunakan berhubung dengan perniagaannya, terma “francais” atau apa-apa terbitannya atau apa-apa jua perkataan lain yang menunjukkan perjalanan perniagaan francais, termasuklah penggunaan perkataan “francais” atau apa-apa singkatan dengannya sebagai sebahagian daripada nama atau tajuk dalam dokumen, perjanjian, buku, iklan atau penerbitan, tanpa kelulusan pendaftaran oleh Pendaftar di bawah seksyen 8 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Francais 35
Menghalang pegawai
Seseorang yang—
menghalang mana-mana orang yang dilantik di bawah
Akta ini yang bertindak menurut Akta ini;
tidak mematuhi apa-apa kehendak yang dibuat dengan sepatutnya kepadanya oleh pegawai diberi kuasa di bawah
Akta ini; atau
tanpa sebab yang munasabah tidak memberi seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa bantuan atau maklumat yang dikehendaki dengan munasabah oleh pegawai itu bagi maksud pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan.
Penalti am
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit; atau
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.
Apabila menghukum francaisor bagi kesalahan di bawah seksyen ini, mahkamah boleh—
mengisytiharkan perjanjian francais antara francaisor dengan mana-mana francaisi menjadi batal dan tidak sah;
memerintahkan supaya francaisor membayar balik apa-apa bentuk bayaran yang diperolehnya daripada mana-mana francaisi; atau
melarang francaisor daripada membuat apa-apa perjanjian francais baru atau melantik mana-mana francaisi baru.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu atau berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau dengan apa-apa cara atau hingga apa-apa takat bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian, adalah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Francais 37
Pengkompaunan kesalahan
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
Kesemua jumlah wang yang diterima oleh Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Bahagian VII
Pegawai diberi kuasa
Opening note
Bagi maksud subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh mengeluarkan perintah kepada mana-mana orang untuk membantu melaksanakan penyiasatannya dan memastikan pematuhan kepada
Akta ini.
Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen (1)
dan (2), dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes-kes boleh tangkap yang diberikan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Penggeledahan dengan waran
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), menggeledah dan menyita—
salinan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang disyaki dengan munasabah mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian;
apa-apa cap, papan tanda, kad, surat, risalah atau peranti atau benda lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa orang itu ialah francaisor, broker francais atau francaisi;
apa-apa dokumen atau barang lain yang dengan munasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud penyiasatan kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penggeledahan tentang seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau jumlahnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dilak atau mencuba untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan.
Waran geledah sah walaupun cacat
Francais 39
Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran geledah itu dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah waran geledah itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah
Akta ini.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Jika seseorang pegawai diberi kuasa dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 44 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diusik, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 44 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Pemeriksaan seorang wanita
kecuali oleh seorang wanita lain.
Francais 41
Akses kepada data berkomputer
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 44 atau 45 hendaklah diberikan akses kepada data berkomputer sama ada distorkan dalam suatu komputer atau selainnya.
Senarai benda disita
Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu hendaklah, bila masa mungkin, melekatkan senarai benda yang disita itu dengan ketara di premis itu.
Pelucuthakan buku yang disita, dsb.
Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu ialah hal
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu hendaklah dikira dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu disita melainkan jika suatu tuntutan ke atasnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya.
Apabila diterima notis itu di bawah subseksyen (4), pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pendaftar yang boleh mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilepaskan atau dilucuthakkan, atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa supaya merujukkan perkara itu kepada suatu mahkamah untuk keputusan.
Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu telah disita supaya hadir di hadapan mahkamah dan apabila dia
Francais 43
hadir atau tidak hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu ialah hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilucuthakkan atau boleh, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dilepaskan kepada orang yang berhak kepadanya.
Apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa yang akan melupuskannya mengikut arahan Pendaftar.
Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah
Akta ini merupakan barangan yang mudah musnah sifatnya atau jika penjagaan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu melibatkan perbelanjaan yang tidak munasabah dan kesulitan, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu boleh dijual oleh pegawai diberi kuasa pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang oleh pegawai diberi kuasa untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini, atau untuk dilupuskan mengikut peruntukan seksyen ini.
Pelepasan buku yang disita, dsb.
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Ganjaran bagi maklumat
Dalam hal sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai pendakwa, mengarahkan pembayaran mana-mana bahagian denda itu mengikut
Francais 45
perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah tetapi dalam apa-apa hal tidak melebihi setengah daripada denda itu kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang tahu tentang kes
Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada
Majistret yang hendaklah mengeluarkan waran untuk memastikan kehadiran orang itu.
Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes
Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab kesemua soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya cenderung untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Pegawai diberi kuasa yang memperoleh maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, seboleh-bolehnya, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Kuasa tambahan
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana daripada yang berikut:
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh francaisor, broker francais atau francaisi dan menyemak, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen itu;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini;
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini dipatuhi.
Pendakwaan
Tiada pendakwaan boleh dimulakan di bawah Akta ini tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Francais 47
Bahagian VIII
Penjualan francais kepada bukan warganegara tertakluk pada kelulusan Pendaftar
Francaisor yang bercadang untuk menjual suatu francais kepada seseorang yang bukan warganegara Malaysia hendaklah memperoleh kelulusan, dan tertakluk pada syarat-syarat yang boleh dikenakan oleh,
Pendaftar.
*Penjualan francais oleh orang asing di Malaysia
Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan di bawah subseksyen (1) tanpa memberikan sebab bagi penolakan itu.
Permohonan yang diluluskan di bawah seksyen ini boleh dijadikan tertakluk pada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Pendaftar.
Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.
(Dipotong oleh Akta A1442).
Pemeriksaan awam dokumen penzahiran
Pendaftar boleh membenarkan pemeriksaan awam mana-mana dokumen penzahiran yang difailkan kepada Pendaftar melainkan jika,
*CATATAN –Lihat seksyen 26 Akta Francais (Pindaan) 2020 [Akta A1617].
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
pada pendapatnya, pemeriksaan itu boleh mendatangkan mudarat kepada francaisor atau francaisi atau mana-mana orang yang terlibat dalam perniagaan francais yang berhubungan dengan pemeriksaan itu atau pemeriksaan itu tidak perlu atau sesuai demi kepentingan awam.
(Dipotong oleh Akta A1442).
Kuasa untuk mengecualikan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan sesuai untuk dikenakan, mana-mana orang atau kelas orang atau perniagaan atau industri daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini.
Perlindungan pegawai
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Menteri, Pendaftar, Timbalan Pendaftar,
Penolong Pendaftar, atau mana-mana pegawai atau orang yang diberi kuasa sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dibuat dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang hendak dicapai olehnya.
Francais 49
Peraturan-peraturan
menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini, dan cara memungut dan membayar fi itu;
menetapkan tatacara dan kehendak-kehendak bagi pendaftaran apa-apa francais yang diberikan atau dijual di dalam atau di luar Malaysia oleh francaisor atau broker francais sebelum Akta ini mula berkuat kuasa;
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dicadangkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan
Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kecualian dan peralihan
Francaisor atau broker francais yang telah memberikan atau menjual di dalam atau di luar Malaysia francais kepada francaisi
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, tidak lewat daripada dua belas bulan dari permulaan kuat kuasa itu, mendaftarkan francaisnya dengan Pendaftar mengikut tatacara dan kehendak yang ditetapkan di bawah Akta ini.
51
Akta 590
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1442
Akta Francais (Pindaan) 2012 01-01-2013
Akta A1617
Akta Francais (Pindaan) 2020
28-04-2022
52
Akta 590
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari
3
Akta A1442
01-01-2013
4
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022
6
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022
6A
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022
6B
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022
7
Akta A1617 28-04-2022
10
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022
10A
Akta A1617 28-04-2022
10B
Akta A1617 28-04-2022
11
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022
12
Akta A1442
01-01-2013
13
Akta A1442
01-01-2013
14
Akta A1442
Akta A1617 01-01-2013 28-04-2022
Francais 53
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari
14A
Akta A1617 28-04-2022
14B
Akta A1617 28-04-2022
15
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022
16
Akta A1442
01-01-2013
18
Akta A1617 28-04-2022
19
Akta A1442
01-01-2013
20
Akta A1442
01-01-2013
22
Akta A1617 28-04-2022
24
Akta A1617 28-04-2022
26
Akta A1442
01-01-2013
27
Akta A1442
01-01-2013
28
Akta A1442
01-01-2013
29
Akta A1442
01-01-2013
31
Akta A1442
01-01-2013
32
Akta A1617 28-04-2022
34
Akta A1442
01-01-2013
37
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022
37A
Akta A1442
01-01-2013
38
Akta A1442
01-01-2013
39
Akta A1442
01-01-2013
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari
42
Akta A1617 28-04-2022
43
Akta A1617 28-04-2022
44
Akta A1617 28-04-2022
44A
Akta A1617 28-04-2022
48A
Akta A1617 28-04-2022
48B
Akta A1617 28-04-2022
48C
Akta A1617 28-04-2022
48D
Akta A1617 28-04-2022
54
Akta A1617 28-04-2022
55
Akta A1442
01-01-2013
57
Akta A1442
01-01-2013
60
Akta A1442
Akta A1617
01-01-2013 28-04-2022