Malaysia legislation
Section 14A
Seksyen 14A
(2)
Suatu kelulusan bagi permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan tertakluk pada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pendaftar.
(3)
Apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1),
Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk membayar apa-apa jumlah fi yang ditetapkan.
(4)
Subseksyen 14(5) hendaklah terpakai bagi tempoh berkuat kuasa pendaftaran broker francais atau konsultan francais yang dibaharui di bawah seksyen ini.
Francais 21
(5)
Mana-mana broker francais atau konsultan francais yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.
Mempamerkan pendaftaran broker francais atau konsultan francais