Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA FRANCAIS 1998

Seksyen 32

Francaisor melakukan suatu kesalahan jika dia enggan membaharui perjanjian francais atau melanjutkan tempoh francais tanpa membayar pampasan kepada francaisi sama ada dengan cara membeli semula atau cara lain pada harga yang dipersetujui antara francaisor dengan francaisi setelah mengambil kira pengurangan nilai perniagaan yang difrancaiskan itu disebabkan oleh habis tempoh francais itu jika—

(a)

francaisi dihalang oleh perjanjian francais, atau dengan keengganan francaisor sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh habis tempoh perjanjian francais untuk menepikan mana-mana bahagian perjanjian francais yang melarang francaisi, daripada terus menjalankan perniagaan yang serupa di bawah cap yang lain dalam kawasan yang sama selepas habis tempoh perjanjian francais itu; atau

(b)

francaisi itu tidak diberi notis bertulis tentang niat francaisor untuk tidak membaharui perjanjian francais sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh habis tempoh perjanjian francais itu.

Penamatan awal tempoh francais