Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA FRANCAIS 1998

Seksyen 37

(a)

menggunakan apa-apa muslihat atau rancangan untuk menipu;

(b)

membuat apa-apa pernyataan tidak benar tentang fakta material atau tidak menyatakan fakta material yang menyebabkan pernyataannya itu mengelirukan;

(c)

terlibat dalam apa-apa perbuatan, amalan atau perjalanan perniagaan, yang bertindak atau akan bertindak sebagai fraud atau perdayaan atas mana-mana orang, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 590

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah juga terpakai kepada broker francais atau konsultan francais.

Kesalahan bagi mengemukakan diri sebagai francais