Malaysia legislation
Section 37A
Seksyen 37A
Seseorang yang menganggap atau menggunakan berhubung dengan perniagaannya, terma “francais” atau apa-apa terbitannya atau apa-apa jua perkataan lain yang menunjukkan perjalanan perniagaan francais, termasuklah penggunaan perkataan “francais” atau apa-apa singkatan dengannya sebagai sebahagian daripada nama atau tajuk dalam dokumen, perjanjian, buku, iklan atau penerbitan, tanpa kelulusan pendaftaran oleh Pendaftar di bawah seksyen 8 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —
(a)
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Francais 35
Menghalang pegawai