Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA FRANCAIS 1998

Seksyen 39

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 590

daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.

(2)

Apabila menghukum francaisor bagi kesalahan di bawah seksyen ini, mahkamah boleh—

(a)

mengisytiharkan perjanjian francais antara francaisor dengan mana-mana francaisi menjadi batal dan tidak sah;

(b)

memerintahkan supaya francaisor membayar balik apa-apa bentuk bayaran yang diperolehnya daripada mana-mana francaisi; atau

(c)

melarang francaisor daripada membuat apa-apa perjanjian francais baru atau melantik mana-mana francaisi baru.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan