Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA FRANCAIS 1998

Seksyen 40

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu atau berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau dengan apa-apa cara atau hingga apa-apa takat bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian, adalah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(a)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Francais 37

Pengkompaunan kesalahan

Section 40 — AKTA FRANCAIS 1998 | mylaw.my