Malaysia legislation
Section 44A
Seksyen 44A
Francais 39
Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran geledah itu dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah waran geledah itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah
Akta ini.