Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA FRANCAIS 1998

Seksyen 4

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“broker francais” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan sebagai ejen atau wakil kepada mana-mana francaisor untuk menjual francais kepada mana-mana orang dengan balasan yang tertentu tetapi tidak termasuk mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja francaisor atau francaisi;

“cap” termasuklah cap dagangan, cap perkhidmatan, simbol, reka bentuk, jenama, tajuk, label, tiket, nama, tandatangan, perkataan dan huruf atau apa-apa gabungannya;

Francais 9

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“dokumen penzahiran” ertinya apa-apa dokumen penzahiran yang ditetapkan oleh Menteri;

“francais” ertinya kontrak atau perjanjian, sama ada secara nyata atau tersirat, sama ada secara lisan atau bertulis, antara dua orang atau lebih yang dengannya—

(a)

francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor;

(b)

francaisor memberi francaisi hak untuk menggunakan cap, atau rahsia dagangan, atau apa-apa maklumat sulit atau harta intelektual, yang dipunyai oleh francaisor atau berhubungan dengan francaisor, dan termasuk keadaan apabila francaisor, yang merupakan pengguna berdaftar, atau dilesenkan oleh orang lain untuk menggunakan, apa-apa harta intelektual, memberikan apa-apa hak yang dimilikinya untuk membenarkan francaisi menggunakan harta intelektual itu;

(c)

francaisor memiliki hak untuk melaksanakan kawalan berterusan sepanjang tempoh francais terhadap pengendalian perniagaan francaisi mengikut sistem francais; dan

(d)

(Dipotong oleh Akta A1442).

(e)

sebagai balasan kepada pemberian hak-hak itu, francaisi dikehendaki membayar fi atau bentuk balasan yang lain.

(f)

(Dipotong oleh Akta A1442).

“francaisi” ertinya seseorang yang kepadanya francais diberikan dan termasuk, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 590

(a)

francaisi induk berkenaan dengan hubungannya dengan francaisor; dan

(b)

subfrancaisi berkenaan dengan hubungannya dengan francaisi induk;

“francaisi induk” ertinya seseorang yang diberi hak oleh francaisor untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan francaisor itu;

“francaisor” ertinya seseorang yang memberikan francais kepada francaisi dan termasuk francaisi induk berkenaan dengan hubungannya dengan subfrancaisi, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Akta ini;

“iklan” ertinya apa-apa bentuk penerbitan, pekeliling, notis, atau apa-apa komunikasi lisan atau bertulis, sama ada disiarkan melalui media elektronik atau apa-apa media penyiaran yang lain, atau apa-apa bentuk alat komunikasi elektronik kepada orang ramai bagi maksud menawarkan penjualan francais atau mempromosi penjualan francais;

“konsultan francais” ertinya seseorang yang memberikan nasihat dan perkhidmatan konsultasi kepada orang lain mengenai pendaftaran perniagaan francais dan pematuhan kepada undang-undang yang berhubungan dengannya;

“Menteri”

ertinya

Menteri yang pada masa ini dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan francais;

“orang” termasuklah orang sebenar, perbadanan, perkongsian, persatuan, firma, usaha sama atau amanah;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri di bawah seksyen 42 untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini;

Francais 11

“Pendaftar”, “Timbalan Pendaftar” dan “Penolong Pendaftar”

masing-masing ertinya Pendaftar Francais, Timbalan Pendaftar

Francais dan Penolong Pendaftar Francais yang dilantik di bawah seksyen 5;

“peraturan” ertinya peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“perjanjian francais” ertinya kontrak atau perjanjian yang dibuat antara francaisor dengan francaisi berkenaan dengan sesuatu francais sebagai balasan terhadap apa-apa bentuk balasan tetapi tidak termasuk apa-apa kontrak atau perjanjian yang dibuat bagi maksud jualan langsung sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Jualan Langsung 1993 [Akta 500];

“subfrancais” ertinya suatu francais yang diberikan oleh francaisi induk kepada subfrancaisi bagi tujuan perniagaan di bawah Akta ini;

“subfrancaisi” ertinya pemegang subfrancais.