Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana daripada yang berikut:
(a)
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang disimpan oleh francaisor, broker francais atau francaisi dan menyemak, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen itu;
(b)
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c)
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini dipatuhi.
Pendakwaan