Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(a)
menetapkan borang, tatacara dan kehendak-kehendak lain bagi maksud Akta ini;
(b)
menetapkan bentuk dan kandungan dokumen penzahiran;
(c)
menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini, dan cara memungut dan membayar fi itu;
(d)
menetapkan tatacara rayuan di bawah Akta ini;
(e)
menetapkan tatacara dan kehendak-kehendak bagi pendaftaran apa-apa francais yang diberikan atau dijual di dalam atau di luar Malaysia oleh francaisor atau broker francais sebelum Akta ini mula berkuat kuasa;
(f)
menetapkan saraan bagi perkhidmatan
Lembaga
Penasihat Francais; dan
(g)
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dicadangkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan
Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kecualian dan peralihan