Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Francaisor hendaklah membuat permohonan untuk mendaftarkan francaisnya dengan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh
Pendaftar berserta dengan fi yang ditetapkan dan—
(a)
dokumen penzahiran yang lengkap dengan kesemua butir yang perlu telah diisi;
(b)
suatu sampel perjanjian francais itu;
(c)
manual pengendalian francais itu;
(d)
manual latihan francais itu;
(e)
suatu salinan terbaru akaun teraudit, penyata kewangan, dan laporan, jika ada, juruaudit dan pengarah pemohon; dan
(f)
apa-apa maklumat atau dokumen tambahan lain yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi maksud menentukan permohonan itu.
(2)
Pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan dan sebelum permohonan itu ditentukan, Pendaftar boleh, dengan notis bertulis, menghendaki pemohon, atau pengarah atau pengurus pemohon, supaya memberikan maklumat atau dokumen tambahan.
(3)
Perkara-perkara yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(f)
atau kehendak di bawah subseksyen (2) boleh berbeza antara pemohon yang berlainan, atau kelas, kategori atau perihal pemohon yang berlainan.
Francais 15
(4)
Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
(5)
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon atau pengarah atau pengurusnya dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh
Pendaftar, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.
(6)
Seseorang yang memberikan maklumat atau dokumen palsu atau mengelirukan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Kelulusan atau penolakan permohonan bagi pendaftaran