Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Jika Pendaftar berpuas hati, selepas meneliti permohonan untuk mendapatkan pendaftaran itu, bahawa permohonan itu telah mematuhi kehendak seksyen 11 dan 12 dan bahawa petunjuk geografi yang hendak didaftarkan tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral, Pendaftar hendaklah menyebabkan permohonan itu diiklankan mengikut cara yang ditetapkan.