/akn/my/act/act/2000/602

AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2000
Sections
36
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000 is Malaysia Act, cited as Act 602 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelindungan petunjuk geografi dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [15 Ogos 2001, P.U. (B) 313/2001] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“barang” ertinya apa-apa keluaran semula jadi atau pertanian atau apa-apa keluaran kraftangan atau industri;

“Daftar” ertinya Daftar Petunjuk Geografi yang disimpan di bawah Akta ini;

“ejen” ertinya seorang Petunjuk Geografi yang berdaftar mengikut

Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya;

“Konvensyen Paris” ertinya Konvensyen Paris bagi Pelindungan

Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883, sebagaimana yang disemak atau dipinda dari semasa ke semasa;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek;

6

Undang-Undang Malaysia

“orang yang berkepentingan” ertinya mana-mana orang yang dinyatakan dalam seksyen 11;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Petunjuk Geografi yang ditetapkan dalam subseksyen 8(1);

“pengeluar” ertinya—

(b)

mana-mana orang yang menggunakan keluaran semula jadi;

Suggest a correction

(c)

mana-mana pengilang keluaran kraftangan atau industri;

atau

Suggest a correction

(d)

mana-mana pedagang yang berurus niaga keluaran yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c);

“Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar dibawah subseksyen 8(2) atau (3);

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 [Akta 617] ;

“petunjuk geografi” ertinya suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari sesuatu negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat dalam negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu barang itu adalah pada dasarnya boleh dianggap berpunca dari tempat asal geografinya;

“petunjuk geografi yang boleh dilindungi” ertinya petunjuk geografi yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori petunjuk geografi yang dinyatakan dalam seksyen 4;

“pihak berkuasa yang berwibawa” ertinya mana-mana badan kerajaan atau badan berkanun yang menjalankan fungsi yang dipunyai oleh, bagi pihak, atau yang dibenarkan oleh, Kerajaan;

“tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam akta Perbadanan Harta

Intelek Malaysia 2002;

“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilatik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 8(2) atau (3); dan

“tuan punya berdaftar” berhubung dengan sesuatu petunjuk geografi, ertinya orang yang pada masa ini tercatat dalam Daftar sebagai tuan punya petunjuk geografi itu.

Petunjuk Geografi 7

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PELINDUNGAN PETUNJUK GEOGRAFI

Seksyen 3

Perlindungan di bawah Akta ini hendaklah diberikan kepada sesuatu petunjuk geografi—

Open as pageSuggest a correction

(a)

tanpa mengira sama ada atau tidak petunjuk geografi itu didaftarkan di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

terhadap petunjuk geografi yang lain yang, walaupun secara harfiahnya adalah benar tentang negara, wilayah, kawasan atau tempat yang darinya barang itu berasal, memberikan gambaran yang palsu kepada orang ramai bahawa barang itu berasal dari negara, wilayah, kawasan atau tempat lain.

Pengetepian daripada pelindungan

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 3, yang berikut tidak dilindungi sebagai petunjuk geografi:

(a)

petunjuk geografi yang tidak sama dengan pengertian

“petunjuk geografi” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2;

Suggest a correction

(b)

petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral;

Suggest a correction

(c)

petunjuk geografi yang tidak lagi dilindungi atau telah terhenti dilindungi di negara atau wilayah asalnya; atau

Suggest a correction

(d)

petunjuk geografi yang tidak digunakan lagi di negara atau wilayah asalnya.

Pemulaan prosiding untuk mendapatkan injunksi dan ganti rugi

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

penggunaan dalam perjalanan perdagangan apa-apa cara mengenai nama atau penyampaian apa-apa barang yang menunjukkan atau yang memberikan maksud, mengikut cara yang mengelirukan orang ramai tentang asal geografi barang itu, bahawa barang yang berkenaan berasal dari kawasan geografi yang lain daripada tempat asal sebenar barang itu;

8

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(b)

apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan yang menjadi suatu tindakan persaingan tidak saksama mengikut pengertian Perkara 10bis Konvensyen Paris sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;

Suggest a correction

(c)

apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan sesuatu petunjuk geografi yang, walaupun secara harfiahnya adalah benar tentang negara, wilayah, kawasan atau tempat yang darinya barang itu berasal, memberikan gambaran yang palsu kepada orang ramai bahawa barang itu berasal dari negara, wilayah, kawasan atau tempat lain; atau

Suggest a correction

(d)

apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan sesuatu petunjuk geografi yang mengenal pasti wain bagi wain yang tidak berasal dari tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan atau sesuatu petunjuk geografi yang mengenal pasti spirit bagi spirit yang tidak berasal dari tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan, walaupun asal sebenar wain atau spirit itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam bentuk terjemahan atau disertakan dengan ungkapan seperti

“jenis”, “macam”, “gaya” atau “tiruan”.

Suggest a correction

(2)

Mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalang apa-apa penggunaan secara tidak sah petunjuk geografi itu dan mengawardkan apa-apa ganti rugi dan apa-apa remedi atau relief lain di sisi undang-undang sebagaimana yang difikirkannya patut.

Kegagalan untuk mengambil tindakan

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

dari tarikh penggunaan sedemikian oleh orang itu atau pendulunya dalam hakmilik telah diketahui ramai di

Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

dari tarikh pendaftaran cap dagangan itu oleh orang itu di bawah Akta Cap Dagangan 1976 [Akta 175], mengikut mana-mana yang lebih awal.

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai jika cap dagangan itu digunakan atau didaftarkan dengan niat jahat.

Petunjuk Geografi 9

Petunjuk geografi yang homonim bagi wain

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar, dalam hal penggunaan serentak secara bona fide petunjuk geografi yang homonim, hendaklah menentukan keadaan-keadaan yang praktis yang di bawahnya petunjuk geografi yang homonim yang berkenaan boleh dibezakan antara satu sama lain, dengan mengambil kira keperluan untuk memastikan layanan yang saksama diberikan kepada pengeluar yang berkenaan dan bahawa orang ramai tidak dikelirukan.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PENTADBIRAN

Suggest a correction

Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukannya, daripada kalangan orang dalam pengajian

Perbadanan, apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Petunjuk Geografi,

Penolong Pendaftar Petunjuk Geografi dan pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian atau disifatkan telah dilantik sedemikian dibawah subseksyen (3).

Suggest a correction

(3)

Orang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar,

Penolong Pendaftar dan pegawai lain dibawah Akta ini sebelum tarikh yang ditetapkan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan

Malaysia untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan dan telah memilih sedemikian hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dilantik sebagai Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan pegawai lain di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar, seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar boleh menjalankan apa-apa fungsi Pendaftar di bawah Akta ini, dan apa-apa jua yang ditetapkan atau diberi kuasa atau dikehendaki

10

Undang-Undang Malaysia oleh Akta ini supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan

Pendaftar atau Penolong Pendaftar dan perbuatan atau tandatangan seseorang Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar hendaklah sama sah dan kuat kuasanya seolah-olah telah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(5)

Pendaftar hendaklah mempunyai meterai dengan reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan teraan meterai itu hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman dan diterima sebagai keterangan.

Pejabat petunjuk geografi

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa permohonan atau dokumen lain yang dikehendaki atau dibenarkan difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat boleh difailkan di mana-mana pejabat cawangan Pejabat Petunjuk Geografi

Pusat dan permohonan atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat.

Daftar Petunjuk Geografi

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Daftar hendaklah disimpan dalam bentuk dan pada bahan yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Daftar hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh orang ramai pada masa dan mengikut syarat yang boleh ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Suatu salinan atau cabutan yang diperakui benar bagi mana-mana catatan dalam Daftar yang dimeterai dengan meterai Pendaftar hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang menghendaki salinan atau cabutan itu apabila fi yang ditetapkan dibayar.

Petunjuk Geografi 11

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PENDAFTARAN PETUNJUK GEOGRAFI

Suggest a correction

Orang yang boleh memohon untuk mendapatkan pendaftaran

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

seseorang yang menjalankan suatu aktiviti sebagai pengeluar dalam kawasan geografi yang dinyatakan dalam permohonan itu berkenaan dengan barang yang dinyatakan dalam permohonan itu, dan termasuklah suatu kumpulan atau kumpulan-kumpulan orang sedemikian;

Suggest a correction

(1A)

Seseorang pemohon boleh memfailkan permohonan untuk mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi secara sendiri atau melalui seorang ejen.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1A), jika pemohon tidak bermastautin atau tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, dia hendaklah melantik seseorang ejen untuk bertindak bagi pihaknya.

Ejen

Suggest a correction

Seksyen 11A

Open as pageSuggest a correction

(a)

orang itu berdomisil atau bermastautin di Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

firma atau syarikat itu diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia; dan

Suggest a correction

(c)

orang, firma atau syarikat itu menjalankan perniagaan atau amalannya terutamanya di Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Kelayakan dan cara pendaftaran seseorang ejen hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

12

Undang-Undang Malaysia

Permohonan untuk mendapatkan pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(a)

nama, alamat dan kerakyatan orang sebenar atau entiti undang-undang yang memfailkan permohonan itu, dan atas sifat apa pemohon membuat permohonan untuk pendaftaran itu;

Suggest a correction

(b)

petunjuk geografi yang baginya pendaftaran itu diminta;

Suggest a correction

(c)

kawasan geografi yang baginya petunjuk geografi itu terpakai;

Suggest a correction

(d)

barang yang baginya petunjuk geografi itu terpakai;

Suggest a correction

(e)

kualiti, reputasi atau ciri lain barang yang baginya petunjuk geografi itu digunakan; dan

Suggest a correction

(f)

apa-apa butir lain sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Permohonan untuk mendapatkan pendaftaran hendaklah diiklankan

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Jika Pendaftar berpuas hati, selepas meneliti permohonan untuk mendapatkan pendaftaran itu, bahawa permohonan itu telah mematuhi kehendak seksyen 11 dan 12 dan bahawa petunjuk geografi yang hendak didaftarkan tidak bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral, Pendaftar hendaklah menyebabkan permohonan itu diiklankan mengikut cara yang ditetapkan.

Seksyen 14

Bangkangan terhadap permohonan untuk mendapatkan pendaftaran

Open as pageSuggest a correction

(a)

tidak termasuk dalam pengertian takrif “petunjuk geografi”

di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

adalah bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral;

Suggest a correction

(c)

tidak lagi dilindungi atau telah terhenti dilindungi di negara asalnya; atau

Suggest a correction

(2)

Notis hendaklah diberikan secara bertulis mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah mengandungi suatu pernyataan mengenai alasan bagi bangkangan itu.

Jawapan daripada pemohon

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pemohon gagal untuk memberikan jawapan kepada bangkangan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen

Suggest a correction

(1)

atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan oleh Pendaftar, dalam tempoh tambahan itu, pemohon hendaklah disifatkan tidak lagi mahu meneruskan permohonannya untuk mendapatkan pendaftaran.

Pemfailan keterangan dokumentar sebagai sokongan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa keterangan dokumentar yang hendak difailkan oleh pembangkang atau pemohon di bawah subseksyen (1) hendaklah difailkan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan.

14

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(3)

Jika pemohon memfailkan keterangan dokumentar yang menyokong permohonannya untuk mendapatkan pendaftaran, pembangkang boleh diberi peluang, dalam masa yang ditetapkan, untuk mengemukakan keterangan jawapan yang hendaklah dikemukakan mengikut cara yang ditetapkan kepada Pendaftar dan pemohon.

Suggest a correction

(4)

Selepas menimbangkan keterangan dokumentar yang difailkan oleh pembangkang dan pemohon, dan selepas memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk membuat hujah, Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada—

(a)

untuk enggan mendaftarkan petunjuk geografi itu;

Suggest a correction

(c)

untuk mendaftarkan petunjuk geografi itu tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang difikirkannya patut.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Pendaftar hendaklah menyediakan alasan keputusannya secara bertulis dalam masa dua bulan selepas membuat keputusan di bawah subseksyen (4).

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (4) boleh merayu kepada Mahkamah.

Kegagalan untuk memfailkan keterangan dokumentar

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pembangkang gagal memfailkan keterangan dokumentar sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 16(1), Pendaftar adalah berhak untuk menganggap bangkangan itu tidak lagi mahu diteruskan dan hendaklah mendaftarkan permohonan itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam bentuk yang ditetapkan.

Petunjuk Geografi 15

Rayuan kepada Mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(b)

petunjuk geografi itu didaftarkan tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian yang tidak dalam apa-apa cara menjejaskan identiti petunjuk geografi itu secara substansial; atau

Suggest a correction

(2)

Jika Mahkamah membuat suatu perintah di bawah perenggan

Suggest a correction

(1)

(a)

atau (b), maka Pendaftar hendaklah mendaftarkan petunjuk geografi itu sebagaimana yang dikehendaki dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam bentuk yang ditetapkan.

Pendaftaran petunjuk geografi

Suggest a correction

Seksyen 19

Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat perintah supaya—

Open as pageSuggest a correction

(a)

tiada bangkangan telah difailkan di bawah seksyen 14;

atau

Suggest a correction

(b)

Pendaftar telah membuat suatu keputusan di bawah perenggan 16(4)(b) atau (c) dan tiada rayuan telah difailkan terhadap keputusan itu, maka Pendaftar hendaklah mendaftarkan petunjuk geografi itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon dalam bentuk yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Tempoh pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah sepuluh tahun dan pendaftaran itu boleh diperbaharui apabila permohonan dibuat di bawah seksyen 19A.

Pembaharuan Pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 19A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah dibuat oleh tuan punya berdaftar mengikut cara yang ditetapkan kepada Pendaftar dalam masa yang ditetapkan sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran itu.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (5), apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) dan fi yang ditetapkan, pendaftaran petunjuk geografi itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun bagi setiap pembaharuan.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud memperbaharui pendaftaran sesuatu petunjuk geografi, Pendaftar boleh menghendaki butir-butir tambahan dan boleh enggan untuk memperbaharui pendaftaran itu jika pemohon tidak memberikan butir-butir tambahan yang dikehendaki.

Suggest a correction

(6)

Jika Pendaftar enggan untuk memperbahari pendaftaran di bawah subseksyen (5) Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang keputusan itu.

Suggest a correction

(7)

Tertakluk kepada seksyen 19B, Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu petunjuk geografi daripada Daftar jika pemohon tidak memohon pembaharuan petunjuk geografi itu dalam masa yang ditetapkan.

Kemasukan semula petunjuk geografi yang dikeluarkan daripada

Daftar

Suggest a correction

Seksyen 19B

Undang-Undang Malaysia

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar boleh memasukan semula petunjuk geografi yang telah dikeluarkan daripada Daftar di bawah subseksyen 19A(7)

jika—

(a)

pemohon memfailkan permohonan bagi kemasukan semula itu dalam masa dua belas bulan dari tarikh habis tempoh pendaftaran petunjuk geografi itu; dan

Suggest a correction

(i)

tidak ada penggunaan dengan niat jahat petunjuk geografi itu dalam tahun sebaik sebelum pengeluarannya daripada Daftar; atau

(ii)

tiada perdayaan atau kekeliruan yang mungkin berbangkit daripada penggunaan petunjuk geografi itu disebabkan oleh penggunaan terdahulunya.

Petunjuk Geografi 17

Anggapan jika petunjuk geografi didaftarkan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah

Akta ini hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu dan mengenai kesahan pendaftaran itu.

Hak penggunaan

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hak penggunaan itu hendaklah berkenaan dengan keluaran yang dinyatakan dalam Daftar mengikut kualiti, reputasi atau ciri yang dinyatakan dalam Daftar.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

KUASA-KUASA LAIN PENDAFTAR

Suggest a correction

Pembatalan dan pembetulan pendaftaran

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(a)

membatalkan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi atas alasan bahawa petunjuk geografi itu tidak layak untuk mendapat perlindungan sebagai yang sedemikian dengan mengambil kira seksyen 4; atau

Suggest a correction

(b)

membetulkan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi atas alasan bahawa kawasan geografi yang dinyatakan dalam pendaftaran itu tidak sama dengan petunjuk geografi itu, atau bahawa petunjuk keluaran yang baginya petunjuk geografi itu digunakan atau petunjuk kualiti, reputasi atau ciri lain keluaran itu tidak ada atau tidak memuaskan.

18

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(2)

Orang yang meminta supaya pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan atau dibetulkan di bawah subseksyen (1) hendaklah memberikan notis kepada pemohon yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan pendaftaran petunjuk geografi itu atau penggantinya dalam hakmilik.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memberitahu semua orang yang mempunyai hak penggunaan ke atas petunjuk geografi itu di bawah seksyen 21.

Suggest a correction

(4)

Orang yang disebut dalam subseksyen (3) dan mana-mana orang lain yang berkepentingan boleh, dalam tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar, memohon kepada Pendaftar untuk menyertai apa-apa prosiding yang boleh diadakan oleh Pendaftar untuk menentukan sama ada atau tidak pendaftaran petunjuk geografi itu patut dibatalkan atau dibetulkan.

Suggest a correction

(5)

Pendaftar hendaklah menyediakan alasan keputusannya secara bertulis dalam masa dua bulan selepas membuat keputusan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Mahkamah.

Pembetulan kesilapan

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar boleh membetulkan apa-apa kesilapan terjemahan atau transkripsi, silap tulis atau kesilapan dalam apa-apa permohonan atau dokumen yang difailkan pada Pendaftar atau dalam apa-apa perkara yang direkodkan menurut Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 24

Pelanjutan masa

Open as pageSuggest a correction

Jika melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini suatu masa ditetapkan yang dalam masa itu sesuatu perbuatan atau perkara hendaklah dilakukan, Pendaftar boleh, apabila menerima permintaan bertulis untuk berbuat demikian dan jika dia berpuas hati bahawa hal keadaan mewajarkannya, melanjutkan masa itu sama ada sebelum atau selepas habis tempohnya, setelah fi yang ditetapkan dibayar.

Seksyen 25

Kuasa untuk mengawardkan kos

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kos yang diawardkan oleh Pendaftar boleh didapatkan, jika berlaku keingkaran untuk membuat bayaran, dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang wibawa oleh pihak yang kepadanya kos itu telah diawardkan seolah-olah kos itu ialah hutang yang kena dibayar kepada pihak itu.

Jaminan kos

Suggest a correction

Seksyen 26

Petunjuk Geografi 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar boleh menganggap bangkangan atau permohonan itu tidak lagi mahu diteruskan jika jaminan kos sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak dibayar.

Suggest a correction

(3)

Jaminan kos hendaklah boleh dibayar balik atau dianggap sebagai sebahagian daripada bayaran kos prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Berkenaan dengan sesuatu petunjuk geografi yang wujud sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, tiada guaman atau prosiding boleh dibawa dibawah Akta ini bagi apa-apa yang dilakukan sebelum

Akta ini mula berkuat kuasa.

20

Undang-Undang Malaysia

Kecualian kerana penggunaan terdahulu

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(a)

selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun sebelum 15

April 1994; atau

Suggest a correction

(2)

Jika sesuatu cap dagangan telah dipohon atau didaftarkan dengan suci hati, atau jika hak kepada sesuatu cap dagangan telah diperoleh melalui penggunaan secara suci hati sama ada—

(b)

sebelum petunjuk geografi itu dilindungi di negara asalnya, maka Akta ini tidak boleh menjejaskan kebolehdaftaran atau kesahan pendaftaran cap dagangan itu, atau hak untuk menggunakan cap dagangan itu, atas dasar bahawa cap dagangan sedemikian adalah sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh terpakai berkenaan dengan sesuatu petunjuk geografi mana-mana negara mengenai barang atau perkhidmatan yang baginya petunjuk yang berkaitan adalah sama dengan istilah yang lazim digunakan dalam bahasa umum sebagai nama biasa bagi barang atau perkhidmatan sedemikian di Malaysia atau berkenaan dengan sesuatu petunjuk geografi mana-mana negara lain mengenai hasil pokok anggur yang baginya petunjuk yang berkaitan itu adalah sama dengan nama biasa sesuatu jenis anggur yang wujud di Malaysia mulai 1 Januari 1995.

Kecualian kerana penggunaan nama sendiri

Suggest a correction

Seksyen 29

Malaysia sama ada—

Open as pageSuggest a correction

Akta ini tidak menjejaskan hak mana-mana orang untuk menggunakan, dalam perjalanan perdagangan, nama orang itu atau nama pendulunya dalam perniagaan, kecuali jika nama itu digunakan mengikut cara yang mengelirukan orang ramai.

Petunjuk Geografi 21

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 30

Kaedah tatacara yang sama yang terpakai bagi rayuan kepada

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah Tinggi daripada sesuatu keputusan mahkamah rendah dalam perkara sivil hendaklah terpakai bagi rayuan terhadap keputusan Pendaftar di bawah subseksyen 16(6) dan 22(6).

Seksyen 31

Keputusan Mahkamah adalah muktamad

Open as pageSuggest a correction

Dalam apa-apa rayuan terhadap keputusan Pendaftar di bawah subseksyen 16(6) dan 22(6), keputusan Mahkamah adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada apa-apa rayuan lanjut.

Seksyen 32

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana yang berikut:

(a)

mengawal selia tatacara yang hendak diikuti berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan

Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat di bawah

Akta ini termasuklah penyampaian dokumen;

Suggest a correction

(b)

menetapkan fi yang hendaklah dibayar berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain atau berkaitan dengan pemberian apa-apa perkhidmatan oleh Pendaftar atau

Pejabat Petunjuk Geografi Pusat, dan menetapkan jumlah fi itu dan membenarkan fi yang berbeza dalam hal keadaan tertentu bagi kes tertentu yang ditetapkan;

Suggest a correction

(c)

menetapkan borang dan perkara lain yang akan digunakan di bawah Akta ini;

22

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

(d)

mengawal selia penyimpanan Daftar dan menetapkan bentuk dan kandungannya; dan menetapkan syarat dan fi bagi membuat cabutan daripada Daftar;

Suggest a correction

(e)

mengawal selia cara pemberian keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini dan memberi Pendaftar kuasa untuk memaksa kehadiran saksi-saksi dan penzahiran dan pengemukaan dokumen;

Suggest a correction

(f)

melakukan apa-apa yang dikehendaki supaya dilakukan berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat;

Suggest a correction

(g)

menetapkan had masa;

(ga) menetapkan kelayakan ejen dan perkara lain yang berhubung dengan kelayakan itu;

(gb) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran ejen; dan

Suggest a correction

(h)

mengawal selia secara umum perkara-perkara yang berhubungan dengan urusan pendaftaran petunjuk geografi yang dijalankan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat sama ada atau tidak ditetapkan secara khusus di bawah Akta ini.

Petunjuk Geografi 23

Suggest a correction
Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Perenggan 5(1)(b)]

PERUNTUKAN KONVENSYEN PARIS BAGI PELINDUNGAN

HARTA PERINDUSTRIAN (1967)

Perkara 10bis

[Persaingan Tidak Saksama]

(1)

Negara-negara Kesatuan adalah terikat untuk memastikan bahawa pelindungan yang berkesan terhadap persaingan tidak saksama diberikan kepada rakyat negara-negara itu.

(2)

Apa-apa perbuatan persaingan yang berlawanan dengan amalan-amalan jujur dalam perkara-perkara perindustrian atau komersial adalah merupakan suatu perbuatan persaingan tidak saksama.

(3)

Yang berikut pada khususnya adalah dilarang:

1. semua jenis perbuatan yang mewujudkan kekeliruan dengan apa cara sekalipun tentang institusi, barang, atau aktiviti perindustrian atau komersial, seseorang pesaing;

2. apa-apa jenis pengataan palsu dalam perjalanan perdagangan yang mencemarkan nama baik institusi, barang, aktiviti perindustrian atau komersial, seseorang pesaing;

3. petunjuk atau pengataan yang penggunaannya dalam perjalanan perdagangan boleh mengelirukan orang ramai tentang jenis, proses pengilangan, ciri, kesesuaian maksud, atau kuantiti, barang itu.

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 602

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A1141

Akta Petunjuk Geografi 03-03-2003

(Pindaan) 2002

Petunjuk Geografi 25

Akta 602

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A1141 03-03-2003 8

Akta A1141 03-03-2003 11

Akta A1141 03-03-2003 11A

Akta A1141 03-03-2003 19

Akta A1141 03-03-2003 19A-19B

Akta A1141 03-03-2003 32

Akta A1141 03-03-2003

Common questions

What is GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000?
AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000 is Malaysia Act, cited as Act 602 2000, currently marked in force and first recorded in 2000.
Is GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000 still in force?
Yes — GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000 is currently in force.
When did GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000 take effect?
GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000 was first recorded in 2000.
How many sections does GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000 have?
GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000 contains 35 sections.
Where can I read the official version of GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000?
The official text of GEOGRAPHICAL INDICATIONS ACT 2000 is published at lom.agc.gov.my.