Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Seksyen 16

(2)

Apa-apa keterangan dokumentar yang hendak difailkan oleh pembangkang atau pemohon di bawah subseksyen (1) hendaklah difailkan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan.

14

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika pemohon memfailkan keterangan dokumentar yang menyokong permohonannya untuk mendapatkan pendaftaran, pembangkang boleh diberi peluang, dalam masa yang ditetapkan, untuk mengemukakan keterangan jawapan yang hendaklah dikemukakan mengikut cara yang ditetapkan kepada Pendaftar dan pemohon.

(4)

Selepas menimbangkan keterangan dokumentar yang difailkan oleh pembangkang dan pemohon, dan selepas memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk membuat hujah, Pendaftar hendaklah memutuskan sama ada—

(a)

untuk enggan mendaftarkan petunjuk geografi itu;

(b)

untuk mendaftarkan petunjuk geografi itu; atau

(c)

untuk mendaftarkan petunjuk geografi itu tertakluk kepada apa-apa syarat, pindaan, ubahsuaian atau batasan yang difikirkannya patut.

(5)

Pendaftar hendaklah menyediakan alasan keputusannya secara bertulis dalam masa dua bulan selepas membuat keputusan di bawah subseksyen (4).

(6)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (4) boleh merayu kepada Mahkamah.

Kegagalan untuk memfailkan keterangan dokumentar