Malaysia legislation

Section 19A

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Seksyen 19A

(2)

Sesuatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi hendaklah dibuat oleh tuan punya berdaftar mengikut cara yang ditetapkan kepada Pendaftar dalam masa yang ditetapkan sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran itu.

(3)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (5), apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) dan fi yang ditetapkan, pendaftaran petunjuk geografi itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun bagi setiap pembaharuan.

(5)

Bagi maksud memperbaharui pendaftaran sesuatu petunjuk geografi, Pendaftar boleh menghendaki butir-butir tambahan dan boleh enggan untuk memperbaharui pendaftaran itu jika pemohon tidak memberikan butir-butir tambahan yang dikehendaki.

(6)

Jika Pendaftar enggan untuk memperbahari pendaftaran di bawah subseksyen (5) Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang keputusan itu.

(7)

Tertakluk kepada seksyen 19B, Pendaftar boleh mengeluarkan sesuatu petunjuk geografi daripada Daftar jika pemohon tidak memohon pembaharuan petunjuk geografi itu dalam masa yang ditetapkan.

Kemasukan semula petunjuk geografi yang dikeluarkan daripada

Daftar