Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Seksyen 22

(a)

membatalkan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi atas alasan bahawa petunjuk geografi itu tidak layak untuk mendapat perlindungan sebagai yang sedemikian dengan mengambil kira seksyen 4; atau

(b)

membetulkan pendaftaran sesuatu petunjuk geografi atas alasan bahawa kawasan geografi yang dinyatakan dalam pendaftaran itu tidak sama dengan petunjuk geografi itu, atau bahawa petunjuk keluaran yang baginya petunjuk geografi itu digunakan atau petunjuk kualiti, reputasi atau ciri lain keluaran itu tidak ada atau tidak memuaskan.

18

Undang-Undang Malaysia

(2)

Orang yang meminta supaya pendaftaran petunjuk geografi itu dibatalkan atau dibetulkan di bawah subseksyen (1) hendaklah memberikan notis kepada pemohon yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan pendaftaran petunjuk geografi itu atau penggantinya dalam hakmilik.

(3)

Pendaftar hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memberitahu semua orang yang mempunyai hak penggunaan ke atas petunjuk geografi itu di bawah seksyen 21.

(4)

Orang yang disebut dalam subseksyen (3) dan mana-mana orang lain yang berkepentingan boleh, dalam tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar, memohon kepada Pendaftar untuk menyertai apa-apa prosiding yang boleh diadakan oleh Pendaftar untuk menentukan sama ada atau tidak pendaftaran petunjuk geografi itu patut dibatalkan atau dibetulkan.

(5)

Pendaftar hendaklah menyediakan alasan keputusannya secara bertulis dalam masa dua bulan selepas membuat keputusan di bawah subseksyen (1).

(6)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Mahkamah.

Pembetulan kesilapan