Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Pelanjutan masa
Jika melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini suatu masa ditetapkan yang dalam masa itu sesuatu perbuatan atau perkara hendaklah dilakukan, Pendaftar boleh, apabila menerima permintaan bertulis untuk berbuat demikian dan jika dia berpuas hati bahawa hal keadaan mewajarkannya, melanjutkan masa itu sama ada sebelum atau selepas habis tempohnya, setelah fi yang ditetapkan dibayar.