Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“barang” ertinya apa-apa keluaran semula jadi atau pertanian atau apa-apa keluaran kraftangan atau industri;

“Daftar” ertinya Daftar Petunjuk Geografi yang disimpan di bawah Akta ini;

“ejen” ertinya seorang Petunjuk Geografi yang berdaftar mengikut

Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya;

“Konvensyen Paris” ertinya Konvensyen Paris bagi Pelindungan

Harta Perindustrian bertarikh 20 Mac 1883, sebagaimana yang disemak atau dipinda dari semasa ke semasa;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek;

6

Undang-Undang Malaysia

“orang yang berkepentingan” ertinya mana-mana orang yang dinyatakan dalam seksyen 11;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Petunjuk Geografi yang ditetapkan dalam subseksyen 8(1);

“pengeluar” ertinya—

(a)

mana-mana pengeluar keluaran pertanian;

(b)

mana-mana orang yang menggunakan keluaran semula jadi;

(c)

mana-mana pengilang keluaran kraftangan atau industri;

atau

(d)

mana-mana pedagang yang berurus niaga keluaran yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c);

“Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar dibawah subseksyen 8(2) atau (3);

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 [Akta 617] ;

“petunjuk geografi” ertinya suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari sesuatu negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat dalam negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu barang itu adalah pada dasarnya boleh dianggap berpunca dari tempat asal geografinya;

“petunjuk geografi yang boleh dilindungi” ertinya petunjuk geografi yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori petunjuk geografi yang dinyatakan dalam seksyen 4;

“pihak berkuasa yang berwibawa” ertinya mana-mana badan kerajaan atau badan berkanun yang menjalankan fungsi yang dipunyai oleh, bagi pihak, atau yang dibenarkan oleh, Kerajaan;

“tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam akta Perbadanan Harta

Intelek Malaysia 2002;

“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilatik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 8(2) atau (3); dan

“tuan punya berdaftar” berhubung dengan sesuatu petunjuk geografi, ertinya orang yang pada masa ini tercatat dalam Daftar sebagai tuan punya petunjuk geografi itu.

Petunjuk Geografi 7